suria

Panik sekejap! Prank pelajar bertumbuk kurang menjadi, cikgu ‘love bite’ enggan tiup lilin pada majlis persaraan

Video menunjukkan dua pelajar lelaki bertumbuk dan cuba dileraikan oleh Cikgu Asnah sebenarnya dirancang lebih awal.

SITUASI tegang yang timbul apabila dua pelajar lelaki tingkatan lima bertumbuk sehingga mencetuskan kemarahan seorang guru bertukar ceria apabila ia hanyalah satu babak yang dirancang.

Video insiden yang dimuatnaik di laman Instagram milik @naaaaloverra berdurasi 1 minit 47 saat itu setakat ini telah mendapat 415,910 tontonan dan 29,240 tanda suka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak tahu berapa jumlah duit syiling tapi bunyi keceng, keceng” - Guru sebak pelajar duduk rumah papan ‘biasa-biasa’ derma bantu 3 beradik yatim piatu

ARTIKEL BERKAITAN: Guru sebak terlihat ‘sisi’ lain pelajarnya ketika bertembung adik, selama ini hanya dianggap penghibur kelas

Salah seorang pelajar yang terlibat dalam rancangan itu, Nana Azuan ketika dihubungi mStar berkata prank tersebut dibuat bagi meraikan hari terakhir guru kelasnya, Asnah Sulaiman yang dipanggil Cikgu Asnah sebelum beliau bersara.

Cikgu Asnah memberitahu beliau menghargai kek yang diterima daripada pelajarnya.

"Saya bersama dua rakan sekelas iaitu Intan dan Aishah telah merancang untuk melakukan prank ini seminggu lebih awal.

"Memang kami nak raikan Cikgu Asnah sebelum bersara... cuma untuk jadikan hari terakhirnya lebih diingati kami buat sedikit kelainan dengan merancang satu 'pergaduhan'," katanya.

Menerusi video tersebut Cikgu Asnah bagaimanapun dilihat enggan meniup lilin pada kek setelah mengetahui dirinya menjadi mangsa prank pelajar-pelajarnya yang 'nakal' itu.

"Masa tu memang kami rasa bersalah sebab ingatkan cikgu merajuk sampai tak nak tiup lilin kat kek tu. Mungkin cikgu malu dan terkejut dirakam tetapi selepas rakaman di telefon tamat, Cikgu Asnah kembali ceria," tambahnya.

Nana tidak menyangka prank dilakukan akan tular di media sosial. - Foto Instagram @naaaaloverra

Menurut Nana, Cikgu Asnah dikenali sebagai 'cikgu love bite' dalam kalangan pelajar kerana sikapnya yang tegas dan akan mencubit pelajarnya sampai ada kesan jika arahannya tidak dipatuhi.

Bagaimanapun katanya, beliau disayangi ramai pelajar dan semestinya mereka akan merindui cubitan itu selepas persaraaan Cikgu Asnah.

"Cikgu Asnah mengajar subjek Pendidikan Seni, bila kami tak siap kerja rumah mesti kena cubit sampai ada kesan lebam sebab tu kami panggil dia cikgu 'love bite'.

"Sudah hampir dua tahun saya belajar subjek Pendidikan Seni dengan Cikgu Asnah, sudah tentunya saya berasa sedih apabila cikgu ingin bersara," jelasnya apabila ditanya tentang kenangan tak dapat lupakan bersama gurunya itu.

Cikgu Asnah mengajar subjek Pendidikan Seni, bila kami tak siap kerja rumah mesti kena cubit sampai ada kesan lebam.

NANA AZUAN

Menurut Nana, selepas insiden pergaduhan itu dan disebabkan ada perkara yang perlu diuruskan di padang, kek itu kemudiannya dihantar ke bilik guru terlebih dahulu untuk dimakan bersama-sama guru disiplin sesi pagi yang lain.

Tambah Nana lagi, Cikgu Asnah ada memberitahu di dalam group WhatsApp kelas mereka yang dia berasa sayu dan sedih kerana itu adalah hari terakhir buatnya mengajar setelah mengajar berpuluh tahun di sekolah mereka yang terletak di Rawang.

Meskipun mendapat komen negatif daripada netizen, Nana berkata ia hanyalah andaian netizen dan tidak berada di situ serta tidak tahu apa perkara sebenar yang terjadi.

Antara pesanan terakhir Cikgu Asnah kepadanya adalah sentiasa menjadi pelajar yang mendengar nasihat orang lain dan menghormati guru kelas yang baharu.

"Cikgu Hasnah mengajar subjek Pendidikan Seni, bila kami tak siap kerja rumah mesti kena cubit sampai ada kesan lebam
"Cikgu Hasnah mengajar subjek Pendidikan Seni, bila kami tak siap kerja rumah mesti kena cubit sampai ada kesan lebam
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
cikgu, guru, tumbuk, bersara, prank, perpisahan

Artikel Lain