BARU-BARU ini kita digemparkan dengan berita buruk seorang guru dipaksa merangkak mengelilingi meja oleh seorang ibu. Namun perkara sebaliknya berlaku di sebuah sekolah apabila niat murni seorang guru untuk memperbaharui sebuah pusat sumber mendapat perhatian ramai. Ketika dihubungi mStar, Mohd Khairul Izzuddin Shaari, 31, memberitahu projek tersebut yang diberi nama #SKKualaGerisLibraryProject adalah sambungan daripada #SKLongPalaiLibraryProject yang terletak di Sarawak. ARTIKEL BERKAITAN: Jawapan “rahsia cikgu” ada kisah di sebaliknya, perkongsian murid Tahun 5 ini undang simpati - “Hari ini giliran adik sebab ada PJ, saya pakai seluar sekolah la” ARTIKEL BERKAITAN: Biadab! Ibu murid paksa ustazah merangkak... sila tampil ada yang nak bantu - “Jika ustazah tak mampu bayar kos guaman, aku sudi support” "Saya baru berpindah ke SK Kuala Geris, Kelantan pada bulan Julai tahun lalu. "Saya mendapati kemudahan di dalam perpustakaan ini agak uzur. Kebanyakan buku adalah lama dan sudah terkoyak. Televisyen juga tidak berfungsi," katanya. Tweet Cikgu Izzuddin pada Selasa mendapat perhatian ramai netizen. Bagi guru yang mengajar subjek Matematik itu, rasa tanggungjawab untuk menarik pelajar datang ke perpustakaan timbul apabila beliau dilantik sebagai Guru Perpustakaan dan Media. "Memandangkan perpustakaan agak jauh dari kantin dan kelas, tidak ramai pelajar yang datang ke sini. Kebanyakan yang datang hanya untuk program tertentu sahaja. "Meja yang tinggi juga tidak sesuai untuk digunakan oleh pelajar prasekolah," tambahnya. Keadaan dinding yang kurang menarik ini akan dicat semula oleh Cikgu Izzuddin bagi menyediakan suasana yang kondusif. Pada mulanya, Izzuddin menerusi postingnya hanya ingin meminta bantuan sebanyak RM900 bagi membeli tiga balang tong cat. Hasil keprihatinan netizen, dalam tempoh 24 jam sahaja, beliau terkejut melihat jumlah sumbangan wang sebanyak RM2,507.90 telah diterima. "Dengan keadaan ekonomi yang sedang meleset, saya ingatkan mereka lebih fokus kepada perkara semasa yang sedang berlaku dan tak ambil kisah pun tweet saya. Saya tak sangka netizen di Malaysia sangat prihatin," katanya. Ditanya mengenai proses penambahbaikan serta idea yang akan digunakan, Izzuddin akan menyiapkan projek tersebut selepas cuti sekolah pada Mac. "Saya akan cuba aktifkan semula Astro supaya mereka dapat menonton rancangan TVIQ, membeli bean bag, buku-buku baharu seterusnya memeriahkan suasana perpustakaan dengan mengecat dinding dan siling. Cikgu Izzuddin juga melakukan perkara sama di Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Long Palai, Sarawak. "Ada beberapa idea yang terlintas di fikiran saya untuk dijadikan sebagai tema di dalam perpustakaan tersebut antaranya tema angkasa lepas ataupun kerjaya. "Hujung minggu ni pula ada Pesta Buku di Kota Bharu, saya akan bawa 80 orang murid dan akan gunakan duit lebihan derma itu untuk membeli buku-buku baharu," jelas Izzuddin. Ketika ditanya bagaimana keadaan sekolah dan murid di situ, guru yang pernah mengajar di Sarawak selama lapan tahun ini memberitahu bahawa keadaan sekolah itu agak uzur dengan jumlah pelajar seramai 250 orang terdiri daripada prasekolah hingga tahun enam. "Ketika banjir teruk yang melanda Kelantan pada 2014, sekolah ini tenggelam sepenuhnya. Masih terdapat kesan banjir pada dinding-dinding sekolah. Hujung minggu ni pula ada Pesta Buku di Kota Bharu, saya akan bawa 80 orang murid dan akan gunakan duit lebihan derma itu untuk membeli buku-buku baru MOHD KHAIRUL IZZUDDIN GURU "Murid di sini kebanyakannya datang daripada keluarga susah. Yang datang sekolah naik traktor pun ada," ujarnya. Namun, ada juga netizen yang mempertikaikan tindakan Izzuddin membuat crowdfunding (sumbangan orang awam) di laman Twitter. "Ya, memang sekolah ada dana tetapi tetapi saya perlu utamakan perkara lain seperti pelajar Tahun Enam dan pelajar asnaf. "Sekolah juga memang ada peruntukan untuk pusat sumber namun wang tersebut hanya boleh digunakan untuk membeli buku dan bukannya cat," kata bapa kepada seorang anak itu. Posting tersebut mendapat 1,400 retweet (ulang kicau) dan 927 tanda suka. Netizen juga turut teruja dengan pembaharuan yang bakal dilakukan oleh Izzuddin.