suria

Demam panas 2 hari, ibu tak sangka ‘bayi yang membahagiakan’ diberi pinjam hanya untuk 5 bulan

Kisah yang dikongsi oleh Norul Ashikin mengenai pemergian anaknya begitu menyentuh hati netizen. Foto: FB Norul Ashikin

BAGI seorang ibu, peristiwa kehilangan anak sememangnya amat memeritkan.

Sebagai insan yang mengandung dan melahirkan, pemergian anak benar-benar memberi kesan mendalam apatah lagi ia berlaku dalam jangka waktu yang benar-benar singkat.

Begitulah kisah yang dikongsi oleh seorang wanita ini yang baru sahaja kehilangan anak bongsunya, minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak hidap Influenza B meninggal dunia hanya kerana satu ubat, ibu menyesal dengar pendapat kawan - “Selepas tukar pampers, dia berhenti bernafas”

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa sakit sangat...” - Wanita ini terima ‘hadiah’ duka pada hari jadi, sempat atur photoshoot anak sebelum ajal

Menerusi perkongsian di Facebook, wanita bernama Norul Ashikin ini berkongsi kisah sedih detik-detik terakhir sebelum anaknya Putri Qaseh Ameena Mohamad Firdaus meninggal dunia pada usia lima bulan.

Tulis Norul Ashikin, anak bongsunya yang dipanggil Babyna itu pada mulanya hanya menghidap demam panas.

Posting Norul Ashikin mengenai kisah pemergian anaknya menjadi tular di Facebook. 

“Sekelip mata anak yang cukup membahagiakan, anak yang sihat tiada penyakit, tapi telah demam pada petang Khamis 20 Februari menjadikan asbab untuknya ke syurga Allah.

“Hanya demam panas (38 darjah celcius) pada hari Khamis, dan Jumaat suhu Babyna dah OK (36 darjah celcius).

“Cukup buat Mami gembira sebab Babyna dah tak demam. Tapi pada malamnya jam 3 pagi badan Babyna kembali panas. Babyna demam panas sahaja tanpa batuk selsema.

“Tiba-tiba pagi Sabtu 22 Februari, Babyna kritikal dan menghembuskan nafas terakhir di HSNZ pada jam 12.56 tengahari,” tulisnya.

Anak ketiga Norul Ashikin, Putri Qaseh Ameena atau Babyna meninggal dunia pada usia lima bulan. 

Tulis Norul Ashikin, disebabkan segala-galanya berlaku dalam masa yang pantas, sedikit sebanyak ia menimbulkan tanda tanya mengenai punca sebenar kematian anak perempuannya itu.

“Tapi Mami Papa tak sanggup untuk buat post morterm.

“Doktor mengesahkan Babyna terkena jangkitan dalam darah dan paru-paru. Virus telah menyerang seluruh organ Babyna dengan cepat menyebabkan organ telah down, oksigen drop dan Babyna tak dapat survive.

“Pergilah sayang, Mami reda dan Mami halalkan setiap titisan susu Mami untuk Babyna,” tulisnya lagi.

Sekelip mata anak yang cukup membahagiakan, anak yang sihat tiada penyakit, tapi telah demam pada petang Khamis 20 Februari menjadikan asbab untuknya ke syurga Allah.

NORUL ASHIKIN

IBU

Tambah ibu kepada tiga cahaya mata ini, sungguhpun dipinjamkan dalam jangka masa yang singkat, kehadiran bayi bongsunya itu cukup membahagiakan mereka sekeluarga.

“Terima kasih kepada semua yang tak putus bertanya dan mendoakan. Doakan kami sekeluarga kuat untuk tempuhi dugaan hebat ini. Doakan doakan doakan.

“Bukan diri ini tidak reda, hati ini cuma rindu… rindu sangat-sangat,” tulisnya lagi.

Norul Ashikin bersama suami dan tiga anak perempuannya. 

Sehingga kini posting tersebut meraih sehingga 2,200 shares dan dibanjiri komen netizen.

Rata-ratanya memberikan kata semangat buat Norul Ashikin dan keluarganya dalam mendepani dugaan tersebut.

“Al-Fatihah untuk mu anak syurga. Semoga ahli keluarga tabah dan reda,” tulis Hidayah Hafiz.

“Semoga puan sekeluarga tabah. Tak terbayang saya dugaan puan hadapi,” tulis pelayar bernama Emma Mohd Nong pula.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
demam panas, reda, bayi, jangkitan

Artikel Lain