SEKALI pandang gadis berasal dari Klang, Selangor ini dilihat seolah-olah memakai kanta lekap berwarna hazel. Namun hakikatnya itulah rona mata original gadis dikenali sebagai Farhana Sazali ini. Kisah warna mata Farhana dikongsi sahabatnya, Eddy susulan gambar seorang kanak-kanak perempuan bermata biru tular di Twitter baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan juling air tapi juling teruk” - Tunku Azizah kongsi masalah mata ‘turun’ kepada Puteri Afzan, pakai spek sejak 3 tahun ARTIKEL BERKAITAN: “The real gajah duduk...” - Gurauan annoying buat air mata gadis ini menitis... tapi prinsipnya sekarang ‘pedulikan apa orang cakap!’ Lebih mengejutkan apabila rakannya itu mendakwa keunikan mata Farhana adalah disebabkan tabiat ibu gadis itu yang suka merenung mata kucing semasa hamilkannya. Tweet itu mendapat hampir 3,000 tanda suka dalam kalangan netizen. Namun Farhana mendedahkan matanya berwarna hazel bukan disebabkan tabiat ibunya itu. Farhana sedang melanjutkan pengajiannya di sebuah universiti tempatan di Selangor. "Sebenarnya mak saya tak pernah tenung mata kucing dan tak pernah suka kucing. Tapi masa dia tengah pregnant kan saya ada seekor kucing tiba-tiba datang kat dia. "Kucing terbiar tu selalu singgah rumah nak makan lepas tu blah. Nak kata mak terkenan tak betul sebab arwah moyang saya sebenarnya ada keturunan campur. "Arwah nenek dengan atok sebelah mak pun mata hazel juga. Arwah moyang sebelah mak pulak ada mix Chinese," katanya. Kalau terserempak dengan orang ke memang mereka ingat saya pakai contact lens. Tapi sebenarnya itu warna mata saya. FARHANA SAZALI. Pada masa sama Farhana berkata bapanya turut memiliki mata berwarna kelabu. "Macam family sebelah ayah saya dalam kebanyakan adik-beradik dia, ayah saya seorang saja yang bermata kelabu. "Then adik saya pun mata color hazel tapi tak clear sangat. Mata mak saya pula biasa-biasa je," katanya. Farhana sering disangka memakai kanta lekap disebakan matanya yang berwarna hazel. Dalam pada itu, anak sulung dua beradik itu turut berkongsi pengalamannya ketika di tingkatan dua. "Bila saya start pakai spec ramai tegur takkan pakai spec kalau dah pakai contact lens. Waktu tu saya di tingkatan dua. "Saya pun explain dekat mereka, eh ni bukan contact lens. Ni mata betul. Lepas tu barulah mereka tahu," kata gadis berusia 23 tahun itu. Bukan itu sahaja, dia juga sering disangka menggunakan kanta lekap jika terserempak dengan mereka yang tidak mengenalinya. "Kalau terserempak dengan orang ke memang mereka ingat saya pakai contact lens. Tapi sebenarnya itu warna mata saya. "Mula-mula tu segan jugalah tapi OK lah dah ada mata ori warna ni jadi tak payah dah pakai contact lens. Lagipun tak elok pakai contact lens," katanya.