suria

“Dasar penyebar korona!” - Penumpang ludah dalam tren bikin netizen geli, marah... KTMB buat pembersihan segera

Tindakan seorang penumpang yang meludah dalam tren menjadi tular di Twitter sekali gus menimbulkan rasa marah dalam kalangan netizen.

KES koronavirus atau Covid-19 di Malaysia mencatatkan peningkatan saban hari.

Lebih menyedihkan, terdapat dua kes kematian yang dicatatkan pada Selasa, sekali gus memberi petunjuk betapa seriusnya wabak tersebut.

Di kala kerajaan termasuk agensinya seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperluaskan langkah-langkah pencegahan kepada orang awam untuk mengekang penularan wabak berbahaya itu, namun segelintir masyarakat dilihat kurang peka dan tidak serius dalam situasi genting ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Biadab, pengotor! Pemuda kumpul kahak, ludah pada butang lif - “Jangan lambat sangat tangkap orang macam ni”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mengamuk kereta ditarik, ludah pegawai dan baling kon didakwa depresi - “Anak sulung baru meninggal, suami kahwin lain”

Masih ada yang mengambil remeh soal kebersihan sehingga mendatangkan ketidakselesaan serta kebimbangan kepada orang lain,  sebagaimana video yang dikongsikan oleh seorang pelayar Twitter ini.

Menerusi perkongsian video berdurasi 27 saat yang dimuat naik di laman sosial itu, pelayar bernama @anssyakirin berkata ketika itu dia dan suaminya menaiki tren Keretapi Tanah Melayu (KTM) dari Seremban, Negeri Sembilan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur, pada Selasa.

Seorang penumpang lelaki yang selamba meludah di dalam tren menjadi tular di Twitter sekaligus menimbulkan kemarahan netizen. 

Ketika itu, mereka terperasan gelagat seorang penumpang lelaki yang dipercayai seorang warga asing berusia 50-an di dalam gerabak yang sama meludah ke lantai sebanyak tiga kali tanpa menunjukkan riyak muka bersalah.

Menurut wanita itu, suaminya sempat merakam aksi penumpang berkenaan.

This pakcik keep spitting dah tiga kali bruh sampai laki aku sempatlah record buat tatapan, dasar penyebar korona,” tulisnya pada kapsyen video tesebut.

Perkongsian tersebut sehingga kini meraih 4,600 retweet dan 2,500 likes.

Antara komen netizen yang meluahkan rasa geram dengan tindakan tidak bertanggungjawab penumpang tersebut.

Malah ia turut dibanjir dengan komen netizen yang jijik dengan perbuatan tidak bertanggungjawab penumpang lelaki berkenaan.

“Ewww... tiba-tiba rasa geli nak naik pengangkutan awam... entah apa lagi orang buat ye selain spitting,” tulis seorang netizen.

“Apabila warga asing melakukan apa jua yang mereka mahu di negara kita tanpa kisah langsung,” tulis netizen lain pula.

“Aduhh aku turn off betul dengan manusia pengotor ginilah. Tegur je lain kali kalau dia tak boleh terima kau halau je dia keluar,” kata seorang netizen lain pula meluahkan rasa geram.

Aksi penumpang itu yang berang apabila ditegur sempat dirakam seorang penumpang lain. 

Malah, seorang netizen lain turut mengakui berdepan dengan pengalaman yang sama seperti wanita tersebut dan suaminya.

“Weh ni pakcik yang sama meludah depan aku dan kawan-kawan aku dalam KTM. Dia siap halau aku dan orang sekeliling dalam KTM tu pergi coach (gerabak) lain. Bahaya ni penyebar koronavirus ni, siap ludah dua, tiga kali tu,” tulis pelayar Twitter bernama Izzati Munira sambil turut memuat naik video yang sempat dirakamnya.

KTM memberi jaminan untuk mengambil tindakan susulan insiden tersebut.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian daripada KTM Berhad yang memberi jaminan akan mengambil tindakan terhadap perkara tersebut.

“Terima kasih kerana memberi perhatian kepada perkara ini. Kami menunggu pemberi maklumat memberi kami perincian tentang kejadian itu. Selepas itu kami akan segera mengambil tindakan dan melakukan pembersihan sesegera yang mungkin,” tulis syarikat berkenaan pada ruangan komen. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
ludah, tren, penumpang, koronavirus, KTM

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan