suria

“Mungkin dulu orang tak pandang saya” - Gadis kongsi foto glow up rupa-rupanya pernah lalui episod hitam

Transformasi wajah Qis yang mencuri perhatian ramai.

ORANG hanya melihat perubahan fizikal yang drastik, namun siapa tahu kisah duka yang pernah berlaku dalam hidupnya?

Itulah yang berlaku kepada penuntut bidang perakaunan di Universiti Malaya, Nur Balqis Ainnisha yang tular apabila berkongsi foto perubahan wajah di Twitter.

Dalam posting itu, dia yang mesra disapa Qis memuatnaik dua foto yang memaparkan dirinya pada usia 12 tahun, serta fizikal semasanya pada hari ini yang berumur 19 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Dua Lipa Malaysia’ dikecam kongsi foto glow up 2019... tudung ‘hilang’ - “Saya memang selalu dibenci, ada yang panggil pelacur”

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu cengkung kini elok, Instafamous kongsi foto glow up dituduh bedah wajah - “Agak terasa orang kata saya ‘hauk’, tapi...”

Namun kata gadis kelahiran Selangor itu, banyak perkara dihadapinya dalam tempoh tujuh tahun itu termasuklah menjadi mangsa buli rakan-rakan sekolah.

"Mungkin dulu orang tak pandang saya. Dulu juga saya tak utamakan diri sendiri, asyik ikut tindak tanduk orang sampai diperguna.

"Orang buli saya, bagi duit suruh pergi beli makanan kat koperasi. Antara penyebab kena buli... rupa saya. Apa saya buat orang tak puas hati, kata saya attention seeker.


Qis mengakui dia kini lebih yakin.

"Masa tahun 6, muka saya teruk... malu. Dulu berat saya 62kg, sekarang dalam 50 kg. Kini saya lebih yakin.

"Sebab dulu orang tak nampak kewujudan saya, saya jaga pemakanan dan cari skincare yang betul untuk diri sendiri," ujarnya kepada mStar.

Namun kata Qis, dia sebenarnya agak segan apabila menerima pujian netizen dan menganggap paras rupanya hanya biasa-biasa sahaja.

Ada yang dulu kutuk saya, sekarang minta maaf. Saya pun bukannya pendendam. Yang penting, kita berbaik dengan orang, jaga hati orang.

NUR BALOIS AINNISHA

PENUNTUT UM

Tambah Qis lagi, apa yang paling penting, setiap individu harus berada dalam kelompok rakan yang betul agar tidak menjadi mangsa manusia-manusia toksik.

"Perkara utama, block orang toksik. Berkawan dengan orang yang baik dan menyokong kita. Sekarang dah OK, tiada yang kutuk.

"Ada yang dulu kutuk saya, sekarang minta maaf. Saya pun bukannya pendendam. Yang penting, kita berbaik dengan orang, jaga hati orang," katanya lagi.

Posting Qis di Twitter.

Mengulas foto tularnya di Twitter, Qis juga mengakui tidak sangka ia akan mendapat perhatian ramai.

Malah, dia membuat perkongsian itu secara suka-suka sahaja selepas melihat rakannya membuat perkara sama.

Selain pujian, ramai yang turut menggesa Qis agar berkongsi petua kecantikannya di laman Twitter.

Wajah Qis suatu ketika dahulu.

"Siapa yang pernah reject ni mesti menyesal.

"Kongsikan rutin kecantikan please.

"Gila punya transform," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain