PENANGAN Covid-19, upacara akad nikah pun terpaksa dijalankan dalam keadaan luar biasa yang tidak pernah terfikir dek akal. Terbaharu, tular di Facebook rakaman ijab kabul pasangan pengantin yang terpaksa dilakukan di pagar rumah sahaja. Ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa 18 Mac lalu termasuk saranan kerajaan agar masyarakat di Malaysia menjaga jarak sosial bagi membendung penularan wabak itu. ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Jangan cemas bakal pengantin... Nikah okay, kenduri kahwin kalau boleh tangguh dulu ARTIKEL BERKAITAN: Semua majlis akad nikah di Selangor ditangguhkan selepas jurunikah dikuarantin - Jais Video berdurasi satu minit 12 saat yang dikongsi menerusi Facebook Norman Herbs itu sehingga kini menerima hampir 650,000 tontonan sejak dimuat naik pada Jumaat petang. "Nikah Covid-19," tulis pengendali Facebook itu pada kapsyen sehingga posting berkenaan dikongsi lebih 28,000 pelayar Facebook. Dalam rakaman berkenaan, tok kadi berada dalam pagar sebuah kediaman, manakala pengantin dan saksi berada di hadapan pagar, dalam jarak yang agak jauh antara satu sama lain. Posting yang tular di Facebook. Turut kelihatan seorang wanita sedang membuat rakaman menggunakan telefon, dipercayai keluarga pengantin. Lebih menarik perhatian apabila tok kadi turut mengetuk pagar besi kediaman berkenaan sejurus selesai ijab kabul sebelum bertanyakan 'sah' kepada saksi. Pengantin lelaki juga membaca lafaz taklik sambil berdiri, disaksikan isteri serta beberapa individu lain juga dalam keadaan berdiri. Dalam pada itu, posting berkenaan turut dihujani pelbagai komen netizen. Banyak majlis kahwin terpaksa ditangguhkan akibat Covid-19. Foto: @lensacinta.photography. Selain terhibur, ada juga yang simpati dengan nasib pengantin kerana terpaksa berkahwin dalam keadaan sebegitu gara-gara Covid-19. "Nampak macam kelakar. Tapi bagus sebab diaorang still ada rasa tanggungjawab. "Kenangan... rare nikah. Semoga dipermudahkan urusan pengantin tersebut. "Islam itu mudah tengok cara tok kadi handle pun memang terbaik," tulis seorang netizen.