suria

“Saya dapat rasa kek batik termahal di dunia” - iPhone pemuda ‘liat’ masuk dapur tercelup coklat... kakak tetap untung!

Telefon pintar seorang pemuda terjatuh ke dalam kuali ketika dia cuba membuat rakaman menyediakan kek batik.

DALAM tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sehingga 31 Mac ini, majoriti rakyat yang berada di rumah mencuba pelbagai resepi atau menu baharu bagi menghilangkan rasa bosan.

Begitu juga dengan Syed Syihab, 23, yang pertama kali masuk ke dapur, tetapi bernasib tidak baik apabila telefon pintarnya terjatuh ke dalam kuali ketika sedang dalam proses menyediakan kek batik.

Ketika dihubungi mStar, kakaknya, Sharifah Needa memberitahu adiknya itu terlalu teruja untuk mencuba memasak kek batik buat kali pertama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Topeng dah kemek, kotor terkena abu arang” - Kepak ayam tak laku, isteri Pak Mat menangis pelanggan tetap datang bawa sumbangan

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor bidas pengasas kosmetik ‘tukar karier’ buat hand sanitizer, berkeliaran cari pelanggan - “Saya pelik orang cari hand sanitizer seolah nak mandi”

"Sebelum masuk dapur lagi dia dah buat live di Instagram beritahu kawan-kawan yang dia nak buat kek batik.

"Masa tengah masak adunan coklat, saya sedang pegang bekas biskut, dia pula baru nak keluarkan telefon untuk buat 'boomerang'.

Sharifah Needa memberitahu adiknya jarang masuk ke dapur melainkan untuk mengambil makanan dan membasuh pinggan.

"Tup tup, telefon dia terjatuh dalam coklat tu. Dia tengok saya, saya tengok dia," ujar Sharifah Needa sambil ketawa mengimbau kembali kejadian tersebut.

Mengulas lebih lanjut tentang kejadian tersebut, dia berkata, mereka berdua tetap meneruskan rancangan menyediakan kek batik walaupun telefon adiknya sudah bercelup coklat.

"Dia sempat lap dengan kain basah, nasib baik phone dia elok lagi.

Ni kali pertama dia masuk dapur untuk masak, selalunya dia masuk dapur untuk ambil makanan dan basuh pinggan sahaja.

SHARIFAH NEEDA

"Akhirnya saya dapatlah rasa kek batik termahal di dunia iaitu kek batik berperisa iPhone. Tak pernah lagi orang lain buat perisa macam ni," gurau wanita berusia 25 tahun itu.

Bercerita mengenai adiknya itu, Sharifah Needa yang bekerja di sektor swasta memberitahu pada awalnya, Syed Syihab memintanya membuat kek batik, namun disebabkan banyak masa terluang ketika PKP dia ingin cuba membuatnya sendiri.

Syed Syihab ingin mencuba resipi lain pula selepas ini iaitu Murtabak Maggi dan Dalgona Coffee.

"Ni kali pertama dia masuk dapur untuk masak, selalunya dia masuk dapur untuk ambil makanan dan basuh pinggan sahaja.

"Kadang-kadang tu, nak makan Maggi pun suruh orang lain buatkan," jelas anak kelima daripada tujuh beradik itu.

Dalam pada itu, adiknya tidak serik dengan kejadian tersebut dan ada memberitahu Sharifah Needa untuk mencuba resipi lain pula.

"Dia cakap nak cuba buat murtabak maggi pula. Dalgona coffee pun dia ada cakap nak buat," ujarnya dalam nada yang gembira apabila PKP telah membuatkan adiknya melakukan perkara berfaedah.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kek batik, iPhone, Covid-19, coklat

Artikel Lain