suria

Perdana menteri popularkan peniaga pisang goreng, Makcik Kiah trending di Twitter!

Tidak lama selepas pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat petang, 'Makcik Kiah' mula menjadi trending di laman Twitter. (Kredit artortoise)

PENGGUNAAN nama Makcik Kiah sebagai contoh mudah oleh perdana menteri sewaktu pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) ternyata menarik perhatian ramai.

Tidak lama selepas pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat petang, nama Makcik Kiah mula menjadi trending di laman Twitter.

Selain Twitter, nama MakCik Kiah turut menjadi perbualan hangat di Facebook, Instagram serta WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tersenyum PM bantu Makcik Kiah buat kiraan mudah... ibu jual pisang goreng, suami pesara bawa Grab, anak pinjam PTPTN!

ARTIKEL BERKAITAN: PM umum Pakej Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion, ini bantuan wang tunai yang bakal diterima rakyat

Rata-rata netizen mengakui terhibur dengan ucapan itu yang mana ia memudahkan mereka memahami ucapan yang disampaikan.

Malah, sebilangan netizen juga mengakui tersentuh saat mendengar ucapan itu yang disifatkan begitu dekat dengan hati masyarakat.

"Analogi Makcik Kiah dan keluarga adalah yang terbaik. Mudah untuk faham (ucapan).

"Alah penerangan pasal Makcik Kiah sangat comel.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya sangat suka contoh keluarga Makcik Kiah. Sangat jelas.

"Kita semua nak jadi Makcik Kiah sekarang," tulis beberapa netizen secara berjenaka.

Selain netizen, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik turut memuatnaik posting berkenaan Makcik Kiah di laman sosial miliknya.

"Dari makcik Kiah PPR, Pak Usop teksi, Seman Grab, Ujang pomen, Minah cabai warong, Ah Wong bengkel, Mutu roti pratha, Cikgu Letchumi, Esah karen, Mei Fong kopitiam, Wak Radol satey, Pela’oi jual petai;

Posting Dr Maszlee di laman sosial miliknya.

"Lans Korporal Kanang PDRM, prebet Kenny dari Pinampang, Suwaneet pekerja kedai runcit, Lamai di Kodiang, Azri dan Ecah di rumah murah Segambut, Wak Lambak dan Makcik Endok dari Felda, dan ramai lagi dari marhaen-marhaen kota, desa, ceruk hulu, dan pedalaman Borneo.

"Terima kasih YAB PM kerana PRIHATIN," ujar Dr Maszlee.

Terdahulu menerusi laporan mStar, perdana menteri  mengumumkan Pakej Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion.

Dalam ucapan sama, perdana menteri turut membuat penjelasan mudah dengan menggunakan contoh keluarga Makcik Kiah bagi orang ramai membuat perkiraan mengenai jumlah dan bantuan kategori manakah yang selayaknya diterima mereka.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain