suria

“Aku menyesal tak wish birthday kau 10 muka surat” - Pelajar kongsi pemergian mengejut rakan pada 1 Ramadan, al-Fatihah trending di Twitter

Kalimah Al-Fatihah tiba-tiba menjadi topik trending di laman Twitter pada Ahad.

APABILA menerima berita kematian, kita pastinya akan menyedekahkan bacaan al-Fatihah dengan titipan ucapan takziah.

Pada hari ketiga Ramadan, kalimah suci itu tiba-tiba menjadi topik trending di laman Twitter.

Semakan mendapati ramai netizen menggunakan kalimah itu dalam tweet mereka sambil berkongsi kisah kehilangan insan tersayang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak rapat tapi pernah berurusan dengan arwah” - Imam Muda Asyraf terkejut foto dengan pengerusi surau tersebar, tak sertai ijtimak

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 3 tahun meninggal, suami setiap hari ziarah pusara isterinya, beri ‘makanan’ 3 kali sehari untuk balas jasa

Malah, ramai yang turut bercerita mengenai sambutan Ramadan pada tahun ini tanpa kehadiran ahli keluarga serta sahabat handai yang sudah meninggal dunia.

Menurut seorang gadis yang mahu dikenali sebagai Irdina, 16, rakannya baru sahaja meninggal dunia pada awal pagi 1 Ramadan, Jumaat lalu.

Menetap di Damansara, Selangor, pelajar berusia 16 tahun itu mengakui cukup sedih atas pemergian rakan sekolah yang dikenali sebagai Nazrin, namun reda dengan ketentuan Ilahi.



Perkongsian Irdina yang tular di Twitter.

"Arwah meninggal sekitar pukul 1 pagi, 1 Ramadan. Ikut penerangan ahli keluarga, dia meninggal disebabkan kanser limfoma.

"Mula-mula ingat hanya demam biasa atau denggi, sebab platelet darah dia rendah. Tapi sejak tu keadaan dia jadi lagi teruk.

"Kata keluarga, dia mula sakit sewaktu awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari tu," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Terkilan sangat. Sebab dia tak pernah sesekali menyusahkan orang dan sentiasa buat orang gembira dengan kehadiran dia.

IRDINA

SAHABAT ARWAH

Tambah memilukan kata Irdina, ulang tahun kelahiran arwah yang ke-16 baru sahaja berlalu pada 7 April lepas.

Mula bersahabat sejak di sekolah rendah, Irdina turut mengakui terkilan apabila tidak dapat menziarahi jenazah sahabatnya buat kali terakhir.

"Kami berkawan sejak sekolah rendah, darjah lima atau enam. Terkilan sangat. Sebab dia tak pernah sesekali menyusahkan orang dan sentiasa buat orang gembira dengan kehadiran dia.

"Kami sekolah sekali tapi kelas berlainan sebab arwah ambil kelas aliran agama, saya ambik kelas aliran biasa," ujarnya.

Dalam posting Twitter miliknya, Irdina turut menyertakan foto majlis pengebumian dengan kapsyen 'semoga surga buatmu sahabat' sehingga posting itu menerima lebih 2,700 ulang kicau (Retweet).



Selain Irdina, ramai netizen turut berkongsi kisah kematian dan menyertakan kalimah Al-Fatihah dalam tweet mereka sehingga ia menjadi trending di Twitter.

Tambah Irdina lagi, pemergian sahabatnya itu disifatkan sebagai perkara yang cukup menakutkan dalam hidup.

"Aku menyesal banyak benda sangat Naz, aku menyesal tak wish birthday kau 10 muka surat, aku menyesal tak tahu keadaan kau yang tengah berperang dengan sakit tu, aku menyesal banyak benda Naz banyak sangat.

"Kawan aku dah jumpa rumah terakhir dia, semoga kau tenang di sana kawan, akan aku rindu gelak tawa kau Innallilah Nazrin, korang sedekahkan Al-Fatihah OK," luah Irdina di Twitter pula.

Selain Irdina, ramai lagi netizen turut berkongsi kisah hampir sama, termasuklah yang pertama kali meraikan Ramadan tahun ini tanpa ibu bapa.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Ramadan, kematian, puasa, PKP

Artikel Lain