suria

Kayuh basikal jelajah 13 negara, 2 mamat Malaysia kongsi pengalaman perit telefon 'terjun' sungai di Perancis - “Hari pertama dah lucu...”

Pengembaraan dua jejaka ini menjadi tular setelah dikongsi di Twitter.

KEDENGARAN mustahil namun kejayaan dua jejaka ini berbasikal ke 13 negara dalam tempoh tiga bulan ternyata memberi inspirasi kepada ramai anak muda di Malaysia.

Biarpun misi luar biasa itu berlangsung pada 2018, baru kini Muhammad Syafinas Mohd Zam, 28, atau Pinat terpanggil untuk berkongsi mengenainya di laman sosial sehingga menjadi tular.

Kata jurutera kelahiran Pulau Pinang itu, misi berkenaan disempurnakan bersama sahabatnya, Abdul Fattah Farid Nasir, 27, merangkumi perjalanan dari England menuju ke Perancis, Switzerland, Jerman, Austria, Slovenia, Croatia, Bosnia and Herzegovina, Montenegro, Macedonia, Albania, Greece dan berakhir di Turki.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat beranak kayuh basikal 12 jam pulang beraya

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas jurutera gigih kayuh basikal, mahu capai misi menggembara ke 100 negara

"Ia bermula pada 1 Julai sehingga 30 September 2018. Perjalanan sekitar 5,000 kilometer (km). 4,000 km berbasikal, lagi 1,000 km kami naik bot dan kereta api.

"Idea ni datang dari saya sendiri. Rasa nak cuba benda baharu. Saya juga ada tengok orang Malaysia buat cycling, rasa terinspirasi.

"Selepas habis belajar, saya kerja bank, kumpul duit. Selepas berhenti kerja, saya buat bisnes sekejap dan pergi pengembaraan berbasikal," ujarnya kepada mStar.

Pinat (kanan) bersama rakan pengembaraannya, Fattah (kiri).

Menurut Pinat, kos keseluruhan perjalanan itu sekitar RM3,000 sahaja, tidak termasuk kos penerbangan.

Malah, dia mengakui berjaya menjimatkan wang kerana banyak memasak sendiri selain tinggal di khemah dan sesekali menginap di hotel.

"Kawan saya banyak membantu. Saya tak pandai sangat memasak. Saya serahkan pada dia, bantu sikit-sikit. Saya lebih kepada planning navigasi dan sebagainya.

Di Perancis, telefon yang saya simpan dalam beg untuk navigasi terkeluar dari beg, terjatuh dalam sungai sewaktu merentasi jambatan.

MUHAMMAD SYAFINAS MOHD ZAM

JURUTERA

"Penginapan mostly berkemah. Ada juga menginap di hotel. Pernah juga tidur di masjid dan di gereja sekali," ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai pengalaman manis tapi mencabar itu, Pinat turut berkongsi detik malang apabila telefon miliknya terjatuh ke dalam sungai sewaktu berbasikal merentasi sebuah jambatan di Perancis.



Antara foto yang dikongsi Pinat.

Dari segi pemandangan pula, Pinat menyifatkan Switzerland sebagai negara dengan panorama paling menarik sepanjang pengembaraan itu.

"Pengalaman sakit tak ada. Tapi hari pertama dah lucu. Dekat hotel ada smoke alarm. Kami memasak, habis orang berkumpul. Kami tak tahu pun pasal alarm tu.



Pengembaraan itu bermula di England dan berakhir di Turki.

"Di Perancis, telefon yang saya simpan dalam beg untuk navigasi terkeluar dari beg, terjatuh dalam sungai sewaktu merentasi jambatan.

"Saya baru beli sebulan telefon tu. Dari segi pemandangan, Switzerland paling lawa. Tapi dari sudut budaya, saya paling suka Bosnia," ujarnya.



Antara lokasi mereka berhenti berteduh sepanjang pengembaraan itu.

Sehingga kini, posting Pinat mengenai pengembaraan itu menerima lebih 8,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Selain rasa kagum dan inspirasi dalam kalangan netizen, ada juga yang turut menghubungi Pinat bagi bertanyakan lebih lanjut mengenai ekspedisi itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain