PANIK. Begitulah situasi dialami empat sekeluarga apabila sebuah telefon bimbit yang sedang dicas tiba-tiba meletup. Saat penuh mendebarkan itu dikongsi seorang gadis menerusi satu bebenang di Twitter sehingga menjadi tular. Menurut Nur Farisha Fadzleen Mohd Nasir, insiden membabitkan telefon bimbit milik neneknya itu berlaku tiga hari lalu ketika mereka sedang menonton televisyen di ruang tamu. ARTIKEL BERKAITAN: Satu keluarga berdebar... parcel ‘misteri’ bongkar keakraban hubungan dua gadis - “Masing-masing terkejut dan menjerit” “Masa tu pukul 10 malam. Semua tengah tengok TV dekat ruang tamu. Tiba-tiba je bunyi meletup... kuat sangat macam bunyi mercun. “Semua terkejut dan panik, cepat-cepat atok padam plug dekat extension wire. Tengok-tengok phone atok dah berasap dan keluar cecair dari bateri,” katanya kepada mStar. Telefon bimbit tersebut berasap selepas meletup secara tiba-tiba. Namun gadis berusia 24 tahun itu bersyukur kerana insiden berlaku ketika telefon bimbit itu sedang dicas di rumah neneknya yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. “Selalunya kita dengar insiden macam ni bila guna sambil cas phone tapi kali ni phone atok meletup ketika sedang dicas. Saya selalu juga main phone sambil cas. Bila kejadian dah jadi depan mata saya, memang saya trauma. NUR FARISHA FADZLEEN MOHD NASIR. CUCU “Nasib baiklah. Kalau tak tak tahulah apa jadi. Tapi phone atok tu kalau guna sekejap pun cepat habis bateri. Mungkin sebab model lama,” katanya. Mesra disapa Farisha, dia berkongsi pengalaman pertama kali berlaku di depan matanya itu di Twitter kerana mahu orang ramai ambil iktibar daripada kejadian tersebut. “Ni first time tengok insiden macam tu. Jadi insiden ini sedikit sebanyak beri pengajaran kepada diri saya juga. Nenek Farisha menerima telefon bimbit baharu (gambar kanan) selepas insiden itu. “Saya selalu juga main phone sambil cas. Bila kejadian dah jadi depan mata saya, memang saya trauma. “Lagipun saya baring di sofa betul-betul dekat dengan meja tempat phone tu dicas. Saya harap orang ramai ambil iktibar daripada insiden ini, ” katanya. Memandangkan telefon bimbit tersebut rosak teruk, Farisha berkata neneknya yang kini berusia 68 tahun sudah mendapatkan telefon bimbit baharu pada Isnin. “Atok dah tukar phone baharu kelmarin. Wan (atok lelaki) saya yang belikan. Memang dia happy sangat-sangat. “Tapi pada masa sama dia sedihlah juga sebab alas meja (renda) rosak. Meja bawah alas meja tu pun tercabut kulit,” katanya. Antara komen netizen mengenai tragedi menimpa telefon bimbit nenek Farisha. Perkongsian Farisha turut mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen. “Nampaknya macam A*** (old version) yang pakai cip Intel ni. Handhpone ni memang cepat panas dan port charging selalu rosak. Bateri dia punya drain macam air ampangan pecah,” kata Sya. “Ya Allah seramnya. Nasib baik awak tak apa-apa. Sorry nak tanya phone model apa tu? Nampak macam sama je macam saya punya sebab sekarang phone saya kalau cas panas semacam,” kata Zee. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram Scary betul tengok phone berasap macam ni. Hati-hati gais. Elakkan main phone sambil cas ya sebab min tau ramai buat macam tu #mstarkongsi #stayathome #pkpb #mstarSS A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on May 5, 2020 at 7:02pm PDT