suria

Video ‘throwback’ zaman kanak-kanak bukan sekadar memori... rupa-rupanya si abang nak ‘tackle’ hati adik - “Ada sesuatu terjadi beberapa tahun lalu...”

Ashran (kiri) mahu memanfaatkan masa cuti sepanjang PKP untuk mengeratkan kembali hubungan bersama adiknya, Amzar.

SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak lebih sebulan lalu, pelbagai aktiviti yang dikongsikan oleh netizen di media sosial.

Perkongsian video-video daripada aplikasi TikTok adalah yang paling trending pada ketika ini.

Begitu juga dengan pemuda ini yang tidak ketinggalan berkongsi video daripada aplikasi popular tersebut di laman Twitter miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rancak main TikTok sampai kaki ‘mendarat’ di muka adik, abang dedah adiknya ingkar arahan - “Sebelum tu elok je kat tepi”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tak sangka perkongsian lenggoknya di TikTok dianggap rare, terus tak jadi padam video!

Bukan video tarian moden seperti kebanyakan perkongsian netizen, namun pemuda bernama Muhammad Ashran Abu Khair ini berkongsi video 'throwback' bersama adiknya, Muhammad Amzar Abu Khair.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, pemuda yang senang disapa dengan panggilan Ashran berkata, video tersebut dirakam beberapa hari lalu secara spontan selepas ternampak foto dia dan adiknya di dalam album keluarga.



Perkongsian video TikTok Ashran bersama adiknya, Amzar (kanan) menjadi tular di Twitter.

"Saya dan adik ketika ini sedang bercuti di rumah keluarga selepas masing-masing tamat peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun lalu.

"Bila dua-dua ada di rumah sejak habis periksa sehingga PKP, saya nak gunakan masa ini untuk rapatkan kembali hubungan kami. Masa kecil memang kami sangat rapat sebab beza umur dua tahun sahaja.

"Tapi bila masing-masing sudah besar dan sibuk belajar, hubungan tak seperti dahulu tambahan pula ada satu peristiwa yang terjadi beberapa tahun lalu.

"Sebagai abang, saya mahu hubungan kami rapat macam dulu sebab itu saya nak cuba 'tackle' dia kembali," ujar pemuda berusia 20 tahun ini.

Adik saya ni memang minat permainan video, jadi dia banyak laburkan duit semata-mata minatnya itu. Saya tegur kerana tak mahu dia leka tambahan pula ketika itu dia bakal menghadapi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Teguran saya buat dia terasa.

MUHAMMAD ASHRAN ABU KHAIR

ABANG

Menurut Ashran, hubungan dia dengan adik lelakinya itu sedikit renggang gara-gara sikapnya yang agak tegas.

"Adik saya ni memang minat permainan video, jadi dia banyak laburkan duit semata-mata minatnya itu. Saya tegur kerana tak mahu dia leka tambahan pula ketika itu dia bakal menghadapi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

"Teguran saya buat dia terasa. Sejak itu kami kurang rapat," kata anak sulung daripada tiga adik beradik ini.



Ashran dan adiknya hanya berbeza usia dua tahun.

Pada Februari lalu, Ashran mula mengatur rancangan untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama adiknya agar hubungan mereka kembali rapat seperti zaman kanak-kanak dahulu.

"Saya ajak dia balik kampung nenek di Kota Bharu, Kelantan berdua sahaja naik bas. Dia pun okay sahaja.

"Seminggu kami luangkan masa buat macam-macam aktiviti di kampung. Mula dari situ, kami dah mula rapat semula. Sepanjang bercuti ni juga, saya ajak dia tolong bisnes pakaian dan kelengkapan ibadah milik ayah.

"Memang saya nak gunakan masa yang ada ini untuk eratkan hubungan. Kalau ikutkan, dia pada mulanya tak mahu buat video TikTok tu tapi akhirnya setuju juga. Tak sangka pula viral dan alhamdulillah banyak komen positif," ujarnya.



Ashran (kanan) merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik.

Ashran menganggap apa yang terjadi memberikan 1001 hikmah untuk dirinya.

"Sebagai abang, kalau nak didik adik terutama yang lelaki dan kalau dia dah besar, usah gunakan kekerasan. Kena gunakan pendekatan yang lembut.

"Adik beradik ini orang terdekat. Kita nak hidup lama lagi, jadi memang perlukan keluarga. Jadi, apa pun masalah kena tangani elok-elok.

"Moga hikmah daripada viralnya video itu akan lebih merapatkan lagi hubungan kami," ujarnya menutup bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
TikTok, adik beradik, abang, adik

Artikel Lain