suria

Wanita Korea Maryam You Narae buka cerita mengapa jatuh cinta dengan lelaki Melayu - “Senyuman dia comel, he is mine!”

Ryzal berasal dari Malaysia manakala Maryam berasal dari Korea Selatan.

MASIHKAH anda ingat kisah pasangan suami-isteri Malaysia dan Korea Selatan yang mendapat liputan mStar pada 1 Mei lalu?

Dikenali sebagai Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, dia dan isterinya Maryam You Narae tampil menerusi rancangan mStar Live+ di Facebook pada Rabu petang.

Dalam perbualan panjang lebar berkenaan, Maryam berkongsi ciri istimewa yang terdapat pada Ryzal, lelaki Melayu yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda rambut ‘sunflower’ demam seminggu, ambil MC sebab terkejut! Tu laa, siapa suruh cabar netizen?

"Senyuman dia comel... he is mine!" kata Maryam ringkas.

Jawapan itu menyebabkan Ryzal tersipu malu.

Selain itu Maryam sempat bercerita mengenai situasi menjalani ibadah puasa di Korea Selatan.

"Saya bekerja di hospital. Orang Korea tak tahu mengenai Ramadan. Biasanya orang bagi makanan, kongsi minuman... tetapi saya menolak pemberian itu.

"Itu agak sukar. Rasa kasihan pula," ujar Maryam.

Menurut Ryzal pula, dia merancang untuk membuat rumah terbuka Aidilfitri secara kecil-kecilan.

Maryam dan Ryzal tampil menerusi siaran langsung mStar Live+ pada Rabu.

Namun katanya, dia harus berhati-hati dan menghadkan jumlah tetamu kerana kini timbul pula jangkitan baharu Covid-19 di Itaewon.

"Kes di Itaewon baharu sahaja meningkat. Kami risau sebab ramai tetamu kami, pelanggan saya ramai duduk di sana.

"Saya risau mereka datang bawa virus tu. Kami akan hadkan tetamu. Mungkin kami berdua akan masak... masak makanan Malaysia," kata Ryzal.

Sebelum ini, tular kisah melibatkan pasangan itu apabila Maryam secara spontan mengucapkan ayat 'lapar nak mampus' menerusi satu video.

Masing-masing berusia 28 tahun, mereka selamat diijabkabulkan pada Ogos tahun lalu.

Selain kisah Ryzal dan Maryam, program borak santai yang mengupas isu semasa dunia hiburan dan perkembangan tempatan itu menemui penonton di Facebook mStar Online pada setiap Rabu pukul 3.30 petang.

Menerusi episod terbaharu itu, empat hos turut membincangkan kisah 10 Ramadan terakhir dan isu selebriti media sosial, Coki yang kini hangat diperkatakan ramai.

Bagi anda yang terlepas siaran langsung hari ini, jangan risau kerana ia masih boleh ditonton di Facebook mStar Online.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain