BAGI anak-anak tukang jahit, mereka pastinya tidak asing lagi dengan mesin ini yang menjadi sumber pendapatan ibu mereka. Malah, foto mesin jahit berjenama Singer yang tular di laman sosial turut membangkitkan semula nostalgia lama mereka, khususnya sewaktu zaman kecil. Begitu juga dengan Muhammad Hazim Mohd Juary, 18, apabila dia berkongsi foto mesin jahit itu sehingga tular di laman Twitter. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan tak sokong orang kita, tapi dedah usahawan tudung "tukang jahit Bangla bagus, lebih kemas" ARTIKEL BERKAITAN: Punah! Lubang sempit, kain sendat... 7 sekeluarga 'menangis' tengok baju raya dikerjakan tukang jahit, “Patutlah ketuk pintu tak mau buka” "Yang rare je pernah main kereta drift ni," tulisnya sehingga menerima lebih 33,000 ulang kicau (Retweet). Bercerita kepada mStar, Hazim berkata ibunya tidak pernah mengambil upah jahitan, sebaliknya hanya menjahit baju untuk keluarga. Hazim terkenang memori lama setiap kali melihat foto mesin jahit itu. Jelasnya, dia bukanlah pemilik asal foto tular itu namun tertarik untuk berkongsi di Twitter kerana rindu yang membuak-buak terhadap kenangan lama. "Dulu mak belajar menjahit, memang ada mesin tu sampai sekarang. Sebab tu saya tertarik untuk kongsi. Tapi mak tak ambil upah jahit baju. "Cuma mak akan buat baju Melayu untuk ayah dan adik beradik saya. Mak juga jahit baju kurung untuk dia sendiri. Tapi sekarang mak dah tak menjahit," ujarnya. Ingat lagi waktu dulu-dulu, mak saya pernah jadi pengasuh untuk lima orang kanak-kanak. Saya selalu berebut dengan mereka nak main mesin jahit tu. MUHAMMAD HAZIM MOHD JUARY PELAJAR Menurut lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu, mesin jahit berkenaan sering menjadi rebutan kanak-kanak kerana gelung besi di bawahnya kelihatan seperti stereng kereta. Imbasnya, bukan dia sahaja, malah kanak-kanak yang diasuh ibunya juga gemar bermain dengan mesin itu. "Ingat lagi waktu dulu-dulu, mak saya pernah jadi pengasuh untuk lima orang kanak-kanak. Saya selalu berebut dengan mereka nak main mesin jahit tu. Foto yang dikongsi Hazim di Twitter. "Sampai ada yang tak nak pergi sekolah sebab nak main. Ibu saudara saya juga tukang jahit. Jadi bila balik kampung pun akan main benda sama," ujar anak kedua daripada tiga beradik ini. Menurut Hazim yang menetap di Ulu Tiram, Johor, berkata dia tidak menyangka foto itu akan mendapat perhatian ramai. Malah, ramai netizen turut berkongsi kisah-kisah nostalgia mereka dengan mesin jahit itu menerusi posting Hazim di Twitter. Hazim (kiri) bersama ahli keluarganya. "Weh ingat aku seorang je macam ni dulu. "Kereta drift ni menyeronokkan selagi jari tak tersepit... lepas tersepit aku yang kena drift dengan mak aku. "Sebab mesin nilah kepala aku berjahit. Main mesin jahit kepala berjahit eloklah tu," tulis beberapa netizen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!