SEJAK akhir-akhir ini kita sering terbaca kisah rider penghantar makanan terlibat kemalangan ketika sedang bertugas. Namun kisah seorang rider yang ditimpa kemalangan yang menjadi tular di media sosial membuktikan keprihatinan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama membantu antara satu sama lain. Menurut perkongsian Tuan Johari di Facebook, dia kagum melihat bangsa lain membantu seorang pemuda Melayu tidak dikenali demi menyelamatkan nyawa.ARTIKEL BERKAITAN: Bapa bawa anak ke hospital terharu, staf India kejar sampai kereta nak bagi barang penting - “Malaysia sangat indah kalau kita nak lihat keindahan”ARTIKEL BERKAITAN: Bengkel kurang job, mekanik selamba tak caj ambulans aircond rosak tanpa pengetahuan bos - “Perkhidmatan kau tak ternilai bro...” "Kemalangan melibatkan seorang lelaki berbangsa Melayu, rider makanan berhampiran Kayu Ara. "Sedang semua menghulur bantuan berteduhkan mangsa dari panas terik, call ambulance, call pihak syarikat mangsa, masing masing ada tugas. Semua sibuk memberi bantuan," katanya dalam posting tersebut. Keadaan di lokasi kemalangan yang tular di media sosial. Dalam keadaan sesak itu, Tuan Johari berkata sebuah kereta tiba-tiba melencong ke sisi bahu jalan. "Datang seorang lelaki berbangsa Cina, berlari dari jauh ke arah aku. Katanya "saya doktor, saya nak membantu." "Sedang merawat mangsa, datang seorang lelaki berbangsa India menyapa, biar saya bantu pegang kaki, kita mudahkan," katanya. Kata-kata dan tindakan tersebut menurut Tuan Johari sudah cukup membuktikan betapa harmoninya rakyat di negara ini. "Malaysia perpaduan, berbilang kaum... tangan sorang bangsa Cina dan seorang bangsa India menyentuh darah yang mengalir dari seorang manusia bangsa Melayu tidak dikenali memberi bantuan sehabis daya demi nyawa. Antara respons positif netizen mengenai posting tersebut. "Di sini aku nak ceritakan betapa harmoni negara kita. Jangan disebabkan seorang yang tak berkaitan terpalit. Dalam setandan pisang, tak semuanya busuk," katanya. Posting tersebut mendapat respons positif di kalangan netizen yang rata-rata bersetuju dengan pendapat Tuan Johari. Apa yang teruk pada mangsa, aku tak mampu nak cakap. Aku tengok lutut dia pun boleh mual. Pada yang order makanan tu, harapnya memahamilah keadaan. TUAN JOHARI "No rasis kita semua satu Malaysia. Pernah tayar motor pancit suami pi cari kedai moto. Saya jalan kaki ada seorang uncle Cina berhenti tumpangkan saya. Baik sangat," kata Puan Eyja. "Terbaik rakyat Malaysia tercinta. Very touching, air mata saya mengalirlah, tak dapat tahan," kata Heng Chang Hok. "Rakyat Malaysia semua menghulurkan bantuan atas dasar berperikemanusiaan tak kira bangsa dan agama," kata Vikneshvara Selvam. Rider dianggap wira tidak didendang kerana sanggup berdepan risiko dijangkiti wabak Covid-19 bagi memastikan pelanggan memperoleh makanan dengan mudah. Sementara itu, Tuan Johari berharap agar pelanggan perkhidmatan penghantar makanan supaya bertolak ansur sekiranya makanan yang dipesan lambat diterima. "Apa yang teruk pada mangsa, aku tak mampu nak cakap. Aku tengok lutut dia pun boleh mual. Pada yang order makanan tu, harapnya memahamilah keadaan. "Jangan disebabkan perut sendiri lapar, tapi tak fikir rider punya keadaan. Kalian yang mencari rezeki atas jalanraya, berhati hatilah hendaknya. "Semoga mangsa cepat sembuh, dan kembali menjalankan tugas," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!