suria

“Tak ingin aku cari lain” - Isteri sedih tak dapat beri baby girl, suami tak ambil serius saranan rakan suruh ‘tambah cawangan’

Mohd Fadli mendapat cahaya mata lelaki kelima pada Rabu petang.

SETIAP pasangan suami isteri pasti mengimpikan zuriat lelaki dan perempuan sebagai pelengkap rumah tangga.

Namun tidak semua yang diharapkan itu menjadi kenyataan.

Ada pasangan yang dikurniakan semua anak lelaki, begitu juga sebaliknya biarpun mengharapkan kelahiran berlainan jantinanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam syarie kongsi kisah pelik tapi benar, isteri tetap ditinggalkan walau diri cantik jelita – “Permata akan cari permata, bangkai tetap cari bangkai”

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada zuriat bukan alasan kahwin lain! Hampir 20 tahun baru dapat anak, tapi layanan tetap sama - “Sampai meninggal ayah tak tahu saya dah tahu”

Namun perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh mengenai pengorbanan isterinya yang selamat melahirkan anak lelaki kelima mereka diharap dapat membuka mata ramai lelaki bergelar bapa di luar sana.

Menurut Mohd Fadli, isterinya selamat melahirkan anak lelaki kelima mereka, Rabu petang.

Namun katanya, isterinya sedikit hampa apabila mendedahkan jantina bayi yang dilahirkan kali ini juga seperti empat abangnya yang lain.



Mohd Fadli bersama isterinya untuk ke hospital.

"Bang. Lelaki lagi," ujar puan isteri sedikit kesedihan. Tak apalah. Lelaki pun anak juga," balasku.

"Tapi saya tak dapat beri anak perempuan kat abang. Tak apa ke? Balas puan isteri makin sayu," ceritanya pada satu posting di Facebook.

Bagaimanapun Mohd Fadli menenangkan isterinya dengan berkata anak-anak adalah rezeki Allah.

"Kita tak perlu merungut walau lelaki semua. Orang lain berapa ramai berdoa agar ada anak. Ramai juga yang berdoa agar dapat jodoh. Lagipun anak-anak lelaki ni, buatkan keluarga kita kuat.

"Awak keluar nanti, penuh bodyguard iring. Jenazah kita nanti tak perlu orang lain pikul. Setiap penjuru, anak-anak kita," katanya.

Mohd Fadli berkata kelahiran terbaharu itu membuat dirinya terkenang ayat gurauan rakan-rakannya.



Mohd Fadli bersama empat heronya.

"Agaknya 'kilang' ini produce lelaki sahaja. Kena cari 'kilang' lain kot baru boleh produce perempuan". Itu ayat gurauan. Sedikit pun aku tak terkesan.

"Namun adakah jika kahwin lagi satu anak yang bakal dikandung itu 100 peratus pasti perempuan? Tidak kan? Bahkan kemungkinan nak mengandung pun belum tentu lagi.

"Habis kenapa nak ambil risiko cari yang lain? Satu cukup. Cukup untuk menjaga aku dan anak-anak. Dua walau banyak belum tentu menjanjikan bahagia," katanya.

Justeru katanya, dia tidak akan sesekali menduakan isterinya atas alasan tersebut.

"Cukuplah satu pada aku. Orang bergurau katanya takut bini. Salah tu. Berkahwin satu bukan tanda takut bini. Ia tanda setia. Ia tanda menghargai. Ia tanda tahu kemampuan diri.

"Ia tanda sedar, yang satu itu pun kita tak menjaga hati mereka 100 peratus, apa lagi mahu tambah dua tiga. Orang yang berminat nak tambah ramai, silakan. Jika rasa mampu zahir, mampu batin, dan mampu adil, silakan," katanya.



Mohd Fadli bersama isteri dan empat anaknya.

Tegasnya, beliau tidak menolak poligami tetapi jika tidak berlaku adil, tidak mampu, menyakiti dan melukai antara satu sama lain bukan itu caranya.

"Tidaklah aku menolak poligami. Itu sunnah Nabi SAW. Mana mungkin kita menolak sunnah kekasih Allah.

"Cuma aku sedar. Sunnah lain banyak lagi tak terikut. Nak ikut sunnah yang tak mampu nak pikul buat apa? Ikut sunnah ni dapat pahala sepatutnya," katanya.

Cukuplah satu pada aku. Orang bergurau katanya takut bini. Salah tu. Berkahwin satu bukan tanda takut bini. Ia tanda setia. Ia tanda menghargai. Ia tanda tahu kemampuan diri.

MOHD FADLI SALLEH

Guru

Malah, Mohd Fadli turut berbangga dengan lima zuriat lelaki yang dimilikinya itu.

"Anak semua lelaki? Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Semua milik ibunya. Kembali taat pada ibu walau sudah beristeri nanti.

"Bakal mengusung jenazah kami. Bakal imamkan kami solat 5 waktu, solat terawih bahkan solat jenazah kami.



Komen netizen terhadap posting perkongsian Mohd Fadli di Facebook.

"Ia merupakan kebanggaan kami. Ia bukan alasan untuk mencari lain agar dapat anak perempuan," katanya.

Pada masa sama beliau turut mengingatkan golongan suami bahawa isteri dan anak-anak merupakan amanah Allah.

"Nak didik mereka agar menarik tangan kita ke syurga tidak mudah. Yang sedia ada ini, perlu aku didik sebaik mungkin.

"Tidak ingin aku mencari lain. Cukuplah satu bagiku. Cukuplah satu," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
zuriat, lelaki, poligami, Cikgu Mohd Fadli

Artikel Lain