SEMENJAK kerajaan memberi lampu hijau untuk kebenaran rentas negeri, ramai mengambil kesempatan untuk bertemu rakan-rakan dan pulang ke kampung halaman masing-masing. Begitu juga dengan 14 sekawan ini yang memanfaatkan kelonggaran yang diberikan dengan beriadah di kawasan sungai dekat Janda Baik, Pahang pada Ahad lalu. Namun dua keping gambar yang dimuatnaik seorang pemuda bersama empat rakan perempuannya di Twitter tiba-tiba menarik perhatian netizen gara-gara penampakan kelibat hitam di celah rimbunan pokok.ARTIKEL BERKAITANl: “Siapa sanggup ambil risiko duduk dalam tu?” - Kereta jatuh gaung, bro trak tunda bingung siapa campak karpet berdarah... orang tua-tua kata jerangkungARTIKEL BERKAITANl: Apa nak buat jika terserempak kelibat putih? Orang tua dulu-dulu suruh londeh seluar - "Tak ada lagi orang mati kena cekik hantu” "Biasalah tu tempat-tempat tepi sungai memang banyak benda-benda macam ni menghuni. Penempatan diaorang. Selagi diaorang tak kacau kita OK la kan. Muncul dalam gambar tu biasalah sekadar bergurau," kata Sarah. "Hantu Kak Limah ke tu?" soal Zaid. "Ingatkan satu je rupanya lebih dari satu. I saw already lepas tu malas dah aku nak tengok lagi," kata Mikhael. Gambar yang dibulatkan netizen turut disamakan seperti langsuir. Berkongsi cerita kepada mStar, Muhammad Izzul Afiq berkata gambar yang diambil berlatarbelakangkan bukit di Benus Valley itu diambil pada petang Ahad lalu. "Gambar tu diambil dekat kawasan sungai. Lokasinya dalam 10 minit perjalanan dari Janda Baik. Tapi tempat tu macam tersorok sedikit. Kalau berselisih tu memang susah. "Kami pun dua tiga kali keluar masuk simpang. Mula-mula macam tak yakin tempat tu betul ke tak. Last-last jumpa juga walaupun dua kali keluar masuk," katanya. Menurut pemuda berusia 19 tahun itu, dia memuatnaik gambar tersebut sekadar untuk suka-suka di Twitternya tanpa menyedari sesuatu yang pelik pada gambar tersebut. Ada saya terbaca satu reply ni, abang tu kata selalunya muka putih badan hitam macam tu langsuir. MUHAMMAD IZZUL AFIQ PELAJAR "Malam tu dah siap mandi saya pilih gambar dapat dari member-member. Mana yang lawa tu saya pun post kat twitter. "Tapi bila bangun pagi esok tu tengok ramai retweet. Ramai reply kata ada something dalam gambar. Saya macam terkejutlah. Mula-mula upload memang saya tak perasan," katanya. Jelasnya lagi, gambar itu diambil dalam keadaan cuaca mendung nak hujan. "Gambar tu diambil time Asar. Kebetulan masa tu pun keadaan gelap nak hujan. Memandangkan dah petang ramai orang dah balik, jadi tinggal kami je kat sana. Gambar batu yang tersusun cantik secara meninggi yang diambil rakan Afiq sewaktu mandi di sungai tersebut. "Sebelum tu tak rasa pelik cuma kami perasan macam ada batu tersusun cantik secara meninggi di dalam sungai. "Tapi lepas hujan kami turun semula ke dalam sungai dan tengok batu-batu tu masih bersusun elok je walaupun air sungai deras," katanya. Berdasarkan tweet seorang individu yang aktif melakukan aktiviti paranormal iaitu Muhammad Izzul Afiq atau lebih mesra disapa Afiq, dia berkata kelibat itu menyerupai langsuir. "Ada saya terbaca satu reply ni, abang tu kata selalunya muka putih badan hitam macam tu langsuir. "Saya dua tiga kali perasan ada juga quote beritahu Janda Baik ni memang keras. Rupa-rupanya mereka pun ada pengalaman ngeri masa berkunjung ke situ," katanya. Namun, Afiq berkata dia dan rakan-rakannya enggan terlalu memikirkan perkara itu dan menganggap kelibat itu hanyalah batang pokok. "Kami cuba husnuzon tu batang pokok sebenarnya walaupun gambar tu nampak pelik. Tapi kami pun malas nak fikir, kadang rasa geram nak pergi balik semula. Gambar rakan lelaki Afiq di lokasi sama pada Ahad lalu. "Tapi itulah kali pertama dan kali terakhir kami ke situ. Lagipun jalan nak masuk ke situ agak licin dan sempit sampaikan bumper kereta pecah kena batu. "Pada masa sama kami bersyukur kerana tiada sesiapa mengalami gangguan pelik selepas balik dari tempat tu," katanya. Bagaimanapun Afiq turut tertanya-tanya apabila ada individu mendakwa ternampak kelibat wanita berkebaya merah dalam gambar tersebut. "Pelik juga sebab ada yang kata nampak wanita berkebaya merah. Tapi ada seorang member perempuan dalam gambar tu dia tiba-tiba call tanya individu tu cakap pasal dia ke? "Member tu sebenarnya pernah ada pengalaman dekat sekolah asrama berkait wanita berkebaya merah kira-kira empat tahun lalu. Dia beritahu masa tu ada seseorang dekat asrama kena histeria. "Masa tu dia tengok member saya tu dia menjerit ketakutan. Bila dah sedar dia kata ada wanita berkebaya merah dekat dengan member saya tu. Member saya terkejutlah sebab benda tu ada kaitan dengan kes lama dia," katanya mengakhiri perbualan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!