suria

“Kami gaduh sebab mulut keldai hangpa!” - Suami asyik keluar lepak, bini naik angin dengan geng bujang

Seorang isteri meluahkan kemarahan mengenai rakan-rakan suaminya yang merupakan kaki lepak. Gambar hiasan/Foto LOW LAY PHONE

SEORANG isteri berang dengan rakan-rakan suaminya yang ‘kaki lepak’.

"Aku benci kaki lepak! Boleh kot tak payah ajak laki orang!" kata seorang wanita.

Menerusi satu posting luahan perasaan, wanita berkenaan memberitahu tabiat yang dilakukan sewaktu masih bujang tidak wajar diamalkan apabila sudah berumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengah syok lepak mamak dengan kawan, hati teringat baby di rumah... lelaki ini keluar 'arahan' untuk isteri - "Suami pandai, dia tunjuk notification saja"

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu tinggal 2 anak, isteri sarat hamil di rumah... suami suka keluar malam dapat pengajaran, satu hari terdetik nak balik awal - "Rasa macam tak berguna jadi ayah"

"Dulu bolehlah muda-mudi teruna lagi. Sekarang orang ada anak bini oi oi oii abg oi! Tak payah dok sembang pasal zaman bujanglah. Sebab dia dah kawin, ada anak bini," tulisnya menerusi perkongsian di halaman Facebook Kisah Rumah Tangga pada Ahad.

Apa yang lebih membangkitkan kemarahan wanita itu adalah rakan-rakan suaminya sering memperlekehkan kedudukan suaminya dan menjadikannya sebagai bahan gurauan.



Seorang isteri berkongsi kekecewaan mengenai sikap suaminya. Gambar hiasan

Lebih mengecewakan keadaan itu memberi kesan buruk kepada hubungan mereka suami isteri.

"Kadang-kadang tengah lepak, senang kau usik laki aku takut binilah, apalah. Lepas tu, tak pasal-pasal kami gaduh sebab mulut keldai hangpa!

"Masalah sekarang ni bukan takut bini ke apa ke. Dia dah masuk alam rumah tangga ni, ada anak bini," tambahnya.

Wanita itu menjelaskan bahawa tanggungjawab suaminya tidak sama seperti semasa bergelar bujang dahulu kerana mempunyai komitmen keluarga.

Malah, dia turut memberi amaran supaya rakan-rakannya yang bujang itu sepatutnya mengajak mereka yang belum berkahwin untuk lepak bersama.

"Hang nak melepak ke minum teh ke punya pasal hanglah! Ajak apa laki orang, pergi ajak kawan-kawan hangpa hat (yang) bujang dah la!" katanya dengan tegas.



Luahan seorang isteri di Facebook Kisah Rumah Tangga.

Tidak terkecuali, suami sendiri turut terkena tempias akibat luahan panas hati oleh isterinya itu.

“Hat (yang) tu pun sorang, dengan bini kemain (bukan main) kalau ajak keluar macam-macam alasan. Malamlah, malaslah, apalah, pasti tu tiba-tiba moody.

"Kalau dengan kawan-kawan, qenyeh (sengih) telinga kemain kau ye!" katanya.

Suami perlu privasi sendiri ada masa bersembang, gelak tawa dengan kawan-kawan dia, kira terapi untuk otak setelah penat kerja seharian.

NETIZEN

Rata-rata netizen terutama kaum isteri bersetuju dengan kenyataan wanita berkenaan.

"Nak rumah tangga yang baik, lebihkan anak bini daripada kawan-kawan. Kawan-kawan pun sebenarnya mainkan peranan penting. Dapat kawan-kawan yang sejenis faham, Alhamdulillah.

"Kawan sejenis tak faham bahasa, asyik ajak keluar tak kena waktu tu. Tak salah nak ajak kawan yang dah berumah tangga tu keluar, tapi tengok masa dan keadaan. Jadilah kawan yag berguna, bukan kawan yang tak berguna," komen seorang netizen.



Antara komen netizen.

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa suami juga perlu meluangkan masa bersama rakan-rakannya sebagai terapi diri.

"Suami perlu privasi sendiri ada masa bersembang, gelak tawa dengan kawan-kawan dia, kira terapi untuk otak setelah penat kerja seharian.

"Yang penting jangan selalu, sampai balik lewat malam dan melalaikan tanggungjawab," ujar seorang lagi.

Sementara itu, seorang wanita memberitahu dia dan suami bersepakat untuk meluangkan masa sendiri bersama rakan-rakan demi kebahagiaan rumah tangga.

"Tapi kalau jenis lepak tiap-tiap malam, bini kena jaga anak setiap masa, tak bagi bini rest memang kau laki yang teruklah. Pilihlah kawan yang betul sebab ia mencerminkan keperibadian kita," kata seorang isteri.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
lepak, suami, isteri, bujang,

Artikel Lain