suria

Baru keluar bilik, luluh hati anak lihat ibunya ‘terbujur kaku’ siap pakai kain putih... terus mohon maaf insiden RM50

Seorang pemuda berkongsi detik cemas melihat ibunya terbaring kaku di ruang tamu rumah. Foto Mohd Haikal Amir Rosdi

"LULUH hati saya tengok ibu terbaring macam tu."

Demikian kata seorang pemuda kepada mStar mengimbas kembali detik cemas melihat ibunya terbujur kaku di ruang tamu rumah, pagi Selasa lalu.

Sekeping foto menunjukkan seorang wanita sedang terbaring, berbalut dan berbungkus kain putih menjadi tular, selepas ia dimuatnaik di laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya bukan 'makcik bawang' ya" - Ibu borak sakan ketika ziarah raya sampai anak tertidur... video tular buat guru sedar sesuatu tentang dirinya

ARTIKEL BERKAITAN: Anak buat kejutan bawa mak ke Pulau Tioman, hadiah rantai emas undang drama air mata – "Apa yang saya buat ni tak cukup"

Pemuda berkenaan, Mohd Haikal Amir Rosdi mengakui terdiam sejenak sebaik melihat keadaan ibunya sewaktu menuruni tangga dari bilik tidurnya di tingkat satu.



Perkongsian Amir di laman Twitter menjadi tular.

"Masa tu saya cuma fikir kenapa dengan ibu? Saya datang dekat, ibu tak bergerak. Saya kejutkan ibu beberapa kali. Dalam masa lima saat tu, barulah ibu sedar.

"Rupa-rupanya ibu tertidur sebab sedap baring pada 'katil urut' yang baru dibelinya. Saya tak tahu dia beli mesin urut tu. Serius, saya tergamam masa tu," katanya kepada mStar.

Anak muda berusia 19 tahun itu memberitahu bahawa mesin urut yang dibeli ibunya baru dihantar pada pagi ‘kejadian’ dan siap dipasang dengan bantuan pembantu rumah.



Amir (kiri) tidak menyedari ibunya membeli sebuah mesin urut baharu.

Lebih mesra dengan panggilan Amir, dia hanya keluar dari bilik pada waktu tengah hari dan ‘kejadian’ berlaku selepas ibunya solat zohor.

"Kain putih tu sebenarnya telekung, masa tu ibu dah selesai solat. Ibu kata penggunaan semasa berurut tu lebih sesuai untuk pakai kain putih.

Walaupun kelakar, tapi memang beri kesan mendalam pada saya. Siapa tak sayang ibu kan?

MOHD HAIKAL AMIR ROSDI

"Masa ibu terjaga dari tidur tu, saya cepat-cepat minta maaf kalau ada buat salah. Ibu siap kata nak tunggu ibu tak ada baru nak minta maaf.

"Siapa tak sedih tengok ibu kaku macam tu. Tak tahu pula tu sebenarnya mesin urut. Walaupun kelakar, tapi memang beri kesan mendalam pada saya. Siapa tak sayang ibu kan?" ujarnya yang berasal dari Kemaman, Terengganu.



Di sebalik kejadian yang berlaku, Amir (kiri) berkongsi kisah wang RM50 milik ibunya.

Amir yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik itu mendedahkan terdapat sebab yang membuatkan dirinya perlu meminta maaf daripada ibunya.

"Kami sekeluarga pergi bercuti ke Langkawi minggu lepas. Ibu ada bagi duit RM50 untuk saya simpan sekejap. Kebetulan ada kawan minta belikan coklat, saya guna duit tu dahulu.

"Tapi sampai dah balik dari bercuti tu pun saya senyap, tak pulangkan semula duit RM50 tu kat ibu. Itu yang saya minta maaf sebab tahu buat silap dan rasa bersalah sangat," tambahnya.



'Baju kelawar' yang dipakai Amir kelihatan seperti Pak Arab.

Menurut pelajar Diploma Pengurusan Industri Halal di Kolej Uniti di Port Dickson, Negeri Sembilan itu, dia mahu menggunakan mesin urut tersebut tapi tiada kain putih yang sesuai.

"Takkan saya nak pakai telekung ibu pula. Jadi, ibu ada minta ibu saudara saya untuk jahitkan satu baju guna kain putih untuk dipakai kami dalam famili.

"Bila dah siap, terkejut juga pada mulanya sebab tengok macam kain kapan. Tapi sebenarnya ia adalah baju kelawar, sarung saja untuk pakai untuk semua saiz.

"Tapi saya pakai rasa macam Pak Arab pula sebab baju tu putih dan labuh seperti jubah. Tak sangka, dari kisah sedih jadi kelakar. Memang sedih kelakar," ujarnya secara berseloroh.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain