SELAIN dimakan begitu sahaja, durian juga sering dinikmati dalam pelbagai cara. Ada yang dibuat tempoyak, pengat, cendol, serawa dan tak kurang juga yang tampil dengan idea luar biasa, nasi goreng durian. Kedengaran aneh namun itulah realitinya sebagaimana dipaparkan oleh seorang YouTuber kelahiran Kanada, Trevor James atau lebih dikenali sebagai 'The Food Ranger' menerusi Instagram dan Facebook miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Bisnes baju merosot, tapi permintaan resepi meningkat walau masak suka-suka... lelaki ini manfaatkan pengalaman ibu bergelar Youtuber ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 10 anak cuba nasib jadi YouTuber pada usia 50 tahun... ada kisah pilu di sebalik pemilihan nama ‘Bonda Sebelas’ Menerusi posting itu, James berkongsi video kunjungannya ke sebuah restoran di Pulau Pinang dan menikmati hidangan itu bersama sambal belacan yang turut diperah dengan hirisan limau. Video berdurasi lima minit itu turut memaparkan proses penyediaan nasi goreng berkenaan yang dihasilkan menggunakan bahan utama iaitu durian jenis musang king. Video dikongsi YouTuber itu menarik perhatian ramai khususnya rakyat negara ini. Selain dimasak bersama nasi, lebihan isi durian turut digunakan sebagai hiasan di atas juadah untuk dinikmati bersama. "Saya pakai topeng muka tapi masih dapat menghidunya. Saya rasa ia terperangkap dalam mask. "Wow, ianya sedap. Sambal itu, kamu fikir ia tak sesuai bersama kemanisan isi durian, tapi ia sepadan," ujar James. James memiliki lebih empat juta pengikut di YouTube. Sehingga kini, posting video yang menerima ratusan ribu jumlah tontonan itu turut dihujani pelbagai komen oleh netizen. "Saya pencinta durian tetapi saya tak akan cuba juadah ini. "Saya suka durian tetapi tak dapat bayangkan dicampur sambal belacan. Saya pakai topeng muka tapi masih dapat menghidunya. TREVOR JAMES YOUTUBER "Saya orang Malaysia tetapi ini kali pertama melihat nasi goreng durian. Nampak sedap. "Kamu patut cuba durian dengan budu," tulis beberapa netizen. Untuk rekod, James memiliki 4.24 juta pengikut di YouTube, 2.6 juta pengikut di Facebook dan lebih 700,000 pengikut di Instagram. Video nasi goreng durian itu dikongsi di laman sosial miliknya sehingga meraih ratusan ribu tontonan. Ujar James, dia sudah menghasilkan banyak video makan berkonsepkan 'street food' di negara Asia seperti China, Malaysia, Singapura dan Thailand. Menerusi kunjungan sama, James juga sempat berkongsi foto dirinya dihadapan sebuah lukisan mural di Georgetown. Malah, ramai rakyat tempatan turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan selamat datang selain memberi cadangan lokasi serta jenis makanan yang patut diterokainya di negara ini. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!