KEDAIFAN sebuah keluarga yang tinggal dikandang lembu yang dibersihkan untuk dijadikan tempat tinggal sejak lapan tahun lalu mendapat perhatian Ustaz Ebit Lew. Menurut satu perkongsian pendakwah terkenal itu di Facebooknya, dia meluahkan rasa terkejut dengan nasib menimpa keluarga di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan itu. "Terkejut tengok lapan tahun tinggal di kandang lembu. Dibersihkan dijadikan tempat tinggal. ARTIKEL BERKAITAN: “Dah suku, patah semula” - Ustaz Ebit gayat naik jambatan gantung di Sabah, terkenangkan kesusahan makcik Bajau terus jadi berani ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew sebak lihat kehidupan daif To'ki, hadiahkan peti ais dan mesin basuh - “Dari jauh dia sambut dan peluk saya” "Tak sangka ada orang tinggal dtempat macam kandang atau reban,” luahnya. Jelas Ebit, rumah didiami keluarga tersebut sebelum ini musnah dalam satu kebakaran. Keluarga tersebut mendiami kandang lembu yang dibersihkan untuk diijadikan tempat tinggal. "Rumah dulu terbakar. Panas rumah ini. Sempit tapi bersih kemas. Masuk kena tunduk. Rendah sangat. "Pasangan suami isteri bersama anak masih kecil. Abang ni buat beberapa jenis kerja," katanya. Malah Ebit berkata, anak sulung kepada pasangan suami isteri itu turut bekerja untuk membantu keluarganya. "Syukur Alhamdulillah hari ini kami dapat pindahkan keluarga ini ke rumah dua tingkat cantik di Tumpat. EBIT LEW Pendakwah terkenal "Tadi dah petang. Anak lelaki sulung 12 tahun tolong-tolong jaga kedai orang. Dapat upah RM10 sehari katanya. "Sampai petang ini happy keluarga ini. Disebalik wajah mereka betapa kasihan anak ini. "Rumah ini buat hati ini sayu. Duhai hati betapa berbeza hidup mereka dengan kita," katanya. Walaupun rumah itu kelihatan daif, kebersihannya mendapat pujian netizen. Namun Ebit meluahkan rasa lega apabila dapat mencari rumah buat keluarga tersebut. "Masa terbaca orang tinggal di kandang lembu dekat akhbar di Kota Bharu, saya rasa sebak. Terus niat nak ke sana. "Syukur Alhamdulillah hari ini kami dapat pindahkan keluarga ini ke rumah dua tingkat cantik di Tumpat. "Saya dah bayar deposit. Dan akan bayar bulan-bulan InsyaAllah," katanya. Menerusi posting terbaharunya itu, Ebit turut membelikan beberapa peralatan untuk kegunaan keluarga tersebut. "Saya belikan untuk mereka dan anak-anak peti ais, mesin basuh, rice cooker, kipas dan lain-lain. Keluarga tersebut mendapat tempat tinggal baharu menerusi bantuan Ebit. "Beri sedikit duit belanja. Semoga menjadi asbab kebaikan," katanya. Perkongsian tersebut turut mengundang simpat netizen dengan ada yang mempertikai keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mahupun Ahli Parlimen di kawasan terbabit. "8 tahun? Kawasan Adun dan Parlimen ni? Apa yang ketua kampung, ahli Adun, Parlimen buat bila ada rakyatnya dalam kemiskinan? Sangat mendukacitakan dan menyedihkan," kata Ali. "Tak payah Adun. Jiran sebelah tu rumah besar," kata Ibnu. "Alhamdulillah tengok keluarga ini walaupun susah tapi kebersihan dijaga. Suka saya lihat, bersih sungguh kawasan persekitaran rumah. Ada yang susah, anak dah besar-besar tapi kebersihan mereka tak ambil peduli susah juga," kata Atie. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!