suria

Isteri dendam dengan bekas suami, anak tak patut dihalang jumpa bapa! Doktor beri nasihat berguna untuk ibu tunggal ‘move on’

Perebutan hak penjagaan anak sering berlaku apabila pasangan suami isteri bercerai. Gambar hiasan. Foto: Kamarul Ariffin

TIADA insan di dunia ini yang mahu mahligai perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian.

Namun jika penceraian menjadi pilihan terakhir selepas segala usaha menyelamatkan rumah tangga tidak berhasil, kedua-dua pihak seharusnya berpisah secara damai.

Ini demi mengelakkan berlakunya perebutan hak penjagaan anak-anak yang dikhuatiri berpanjangan sehingga memberi kesan buruk di kemudian hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 2 tahun kahwin, suami kantoi curang hampir 10 kali – “Dia masih main Tinder, WeChat... saya lari balik kampung”

ARTIKEL BERKAITAN: Panas! Pergi kursus kahwin ustaz kata suami tiada istilah curang sebab ada hak poligami... betul ke orang perempuan je tak boleh terima kenyataan?

Terpanggil untuk memberikan pandangan, seorang doktor berkongsi kisah sahabatnya yang berdepan dengan isu hak penjagaan anak-anak, supaya dapat dijadikan renungan dan teladan bersama.

Menurut Dr Rusyainie Ramli, sahabatnya yang sudah berpisah dengan bekas suami sering merungut apabila tiba giliran lelaki itu mengambil anak-anak mereka ketika hujung minggu dan cuti sekolah.



Apabila penceraian terjadi, secara tidak langsung ia akan membabitkan hak penjagaan anak-anak.

"Saya kata, biarkan. Biarlah bekas suami buat begitu. Saya tanya pada teman saya tu, kenapa tak boleh pula?

"Anak-anak tu tetap takkan putus tali perhubungan dengan ayah mereka walaupun teman saya tu dah bukan isteri kepada lelaki tu. Ayah tetap ayah, sampai bila-bila. Sama seperti mak, tetap kekal selamanya.

"Kenapa anak-anak tu menjadi galang ganti kepada apa juga yang berlaku dalam perkahwinan tu? Mereka bukan harta benda yang boleh dipecah dan dibahagi," tulisnya pada perkongsian di Facebook.

Walau apa jua silap yang dilakukan oleh bekas pasangan sebelum ini sama ada curang atau kesalahan lain, namun menurut doktor ini, anak-anak tidak wajar digunakan untuk membalas dendam.



Dr Rusyainie Ramli kini berkhidmat sebagai doktor dalam pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebaliknya tambah doktor ini, rakannya itu atau mana-mana wanita lain yang berdepan dengan situasi yang sama seharusnya bersyukur kerana bekas suami masih 'mengambil pusing' akan keadaan anak-anak.

"Mahu jugalah dia (bekas suami) menjaga anak-anak tu. Bukan terus menghilang. Lenyap begitu saja atau lepas tangan macam tak ada tanggungjawab.

"Masa dengan ayah mereka tulah, anak-anak boleh meminta dia belikan keperluan mereka kan. Tak adalah segalanya atas bahu kawan saya tu. Ringanlah beban kewangan dia, sebab dia pun bukan berkemampuan sangat," tulisnya lagi.

Kenapa anak-anak tu menjadi galang ganti kepada apa juga yang berlaku dalam perkahwinan tu? Mereka bukan harta benda yang boleh dipecah dan dibahagi.

DR RUSYAINIE RAMLI

Malah tambah Dr Rusyainie, ketika anak-anak sedang dalam giliran dengan ayah mereka, peluang tersebut sewajarnya digunakan oleh wanita berkenaan untuk bersendirian atau melakukan apa jua aktiviti yang digemarinya.

"Inilah peluang untuk dia menarik nafas lega sikit, jauh dari hiruk pikuk hingar bingar suara anak-anak yang kalau dah 24 jam tu, mahu juga rimas dan penat jadinya.

"Sekarang ni, dia banyak menyertai aktiviti larian pada hujung minggu. Saya tumpang gembira melihat dia dapat meluangkan masa untuk dirinya sendiri. Bukankah ia sesuatu benda yang positif?" tulis doktor itu lagi.

Perkongsian tersebut turut dipersetujui oleh sebahagian netizen yang memberi komen positif selain berkongsi pengalaman masing-masing.



Sungguhpun berlaku penceraian, ibu tidak seharusnya menghalang anak-anak daripada bertemu bapa mereka. Gambar hiasan.

"Tepat sekali. Selalu nampak parents yang bercerai gunakan anak-anak untuk balas dendam antara satu sama lain. Patut hal orang dewasa biarkan antara orang dewasa, jangan campur adukkan dengan anak-anak," tulis seorang netizen.

"Dulu saya keras hati. Bila saya sendiri minta nasihat dari seorang sahabat, dia nasihatkan saya sakit hati macam mana sekali pun, itu ayah kepada anak-anak. Seorang ibu takkan dapat ganti tempat ayah," komen seorang lagi netizen.

"Jangan berdendam, biarlah ayah tu nak jumpa anak. Ada tu bukan saja tak bagi jumpa, buruk-burukkan pulak sampai anak jadi benci. Kesian," tulis netizen yang lain pula.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
curang, berebut, anak, doktor, hak, penjagaan, cerai

Artikel Lain