suria

Bakal suami suka maki hamun, wanita akui geram sampai nak putuskan pertunangan - “Level dua pukul, tinggalkan je sebelum terlambat”

Beberapa wanita tampil berkongsi kisah mereka menjadi mangsa caci maki pasangan sendiri.

APA guna bersama seandainya caci maki menjadi ‘zikir’ harian dalam percintaan?

Namun itulah realiti yang dihadapi segelintir individu sebagaimana posting tular di laman Twitter.

Selain penggunaan kata-kata kesat, ada netizen tampil membuka cerita, mendakwa dipukul oleh pasangan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkedu lihat lelaki tolak, tengking isterinya dalam pantang depan orang ramai di klinik, wanita ini hanya mampu mengadu- “Letak anak atas meja, dia main game”

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku doakan tak keluar anak tu nanti” – Kantoi foto cium tangan perempuan, suami doa isteri tengah sarat mengandung mati masa bersalin

Menerusi beberapa paparan skrin mesej WhatsApp yang dikongsi sebagai bukti, ia ternyata menimbulkan kemarahan ramai.

Malah sehingga kini, posting itu menerima lebih 21,200 ulang kicau (Retweet).

Menurut lelaki yang berkongsi posting itu, mana-mana individu tidak seharusnya meneruskan hubungan sekiranya diperlakukan sedemikian.

"Level satu maki hamun, level dua pukul. Tinggalkan je sebelum terlambat.

Antara paparan skrin yang dikongsi di Twitter.

"Just nak pesan. Pandai-pandai jaga diri. Aku juga doakan yang terbaik untuk korang semua yang terpaksa melalui benda macam ni tak kisahlah lelaki atau perempuan," tulisnya.

Selain pasangan kekasih, ada wanita menerusi ruangan komen mendedahkan kecewa kerana tunangnya turut bersikap sebegitu.

Namun, dia tidak mampu melakukan apa-apa demi menjaga maruah keluarga dan majlis pernikahan juga akan dilangsungkan tidak lama lagi.

Seorang wanita mengakui tidak tahan dengan sikap tunangnya yang suka menggunakan bahasa kasar. (Gambar Hiasan)

"Yang lagi perit bila dapat tunang macam ni. Jenis tak nak kalah. Gaduh sikit maki hamun, sampai family dia tahu.

"Burukkan orang tu. Tapi terpaksa tahan sebab tak nak malukan famili. Iya lah hujung tahun nak nikah dah. Nak je suruh putus," tulisnya.

Lebih teruk, ada wanita turut mendedahkan berhadapan pengalaman sama dalam rumah tangga sehingga terpaksa memilih jalan penceraian.

Aku juga doakan yang terbaik untuk korang semua yang terpaksa melalui benda macam ni tak kisah lah lelaki atau perempuan.

PELAYAR TWITTER

"Dulu bekas suami aku macam ni lah masa couple. Maki-maki, aku jenis lembut, mesti nangis.

"Dia maki aku perempuan murahlah, maki aku gemuklah. Last-last masa kahwin aku kena pukul.

"Aku sakit pun dia kata lemah. Serius derita. Kemudian cerai. Serik. Aku tak curang kata curang. Sedih," tulis wanita itu lagi.

Wanita yang berhadapan situasi sebegitu dalam hubungan diminta mencari jalan keluar agar tidak terus menyeksa diri.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memberi cadangan agar hubungan seperti itu tidak diteruskan memandangkan ia boleh memberi kesan kepada emosi dan mental.

"Macam manalah korang boleh dapat laki macam ni. Tinggal je lah. Ramai je lagi laki yang seribu kali ganda lagi baik daripada laki macam ni.

"Nak tinggal sayang katanya... lembutnya alahai hati perempuan.

"Dapat lelaki maki hamun pukul ni pun patut dielakkan," tulis beberapa individu lagi.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain