BIARPUN hidup serba kekurangan, dia sebolehnya mahu berusaha sendiri dan tidak mengharapkan bantuan semata-mata. Begitulah kisahnya mengenai seorang peniaga jagung di Selayang, Selangor sebagaimana diceritakan oleh pendakwah Ustaz Ebit Lew menerusi Facebook. Menurut Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau, lelaki itu mengalami masalah rabun teruk dan sudah lima tahun berniaga di situ. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya borong dengan lori 10 tan” - Ustaz Ebit Lew terus hulur bantuan, dah habis agih cadang nak top up lagi ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Ebit kongsi 3 petua buat mualaf bimbing insan tersayang - “Depan mereka saya buat-buat tabah, dalam kereta saya menangis” "Sedih sangat rasa. Semalam tengok video pakcik ini tengah berniaga jagung di Selayang. "Pakcik rabun 90 peratus penglihatan tak nampak, cuma 10 peratus tinggal. Nampak bayang je. Muka semua dah tak boleh nampak. Kasihan rasanya," ujarnya. Bercerita lanjut, Ebit berkata lelaki itu mempunyai lima anak yang masih belajar dan dua daripadanya menuntut di universiti. Kata Ebit, dia sedih apabila menerima perkhabaran mengenai peniaga ini. Dalam pertemuan sama, Ebit juga ada menghulurkan sumbangan wang tunai buat lelaki itu. "Ada anaknya yang cuti sekolah bawa FoodPanda. Pakcik ni sehari dapat RM50 jika habis jagungnya. "Saya hadiahkan RM1,000 dan tanya jika perlu bantuan apa-apa. Pakcik ni sebak dan tak ingin yang lain-lain. Pakcik rabun 90 peratus penglihatan tak nampak. Cuma 10 peratus tinggal. EBIT LEW PENDAKWAH "Pakcik ini dan isteri berniaga buah sikit je tepi jalan. Mereka kenal saya. Selalu tengok video dan ceramah saya. "Katanya dapat jumpa ustaz dah bahagia. Mereka tak nak apa-apa. Gembira rasa. Pelukan dengan tangisan sebak. Bila saya tanya apa saya boleh bantu. Pakcik ni tak nak apa-apa dari saya," jelas Ebit lagi. Kata Ebit lagi, dia memohon agar lelaki itu dimurahkan rezeki dan anak-anaknya menjadi insan yang berguna. Ebit bersama peniaga jagung itu yang kini tular di Facebook. Sehingga kini, posting itu menerima lebih 138,000 tanda suka (likes) dan dikongsi hampir 7,000 pelayar Facebook. Malah, rata-ratanya turut meninggalkan komen bersimpati, tak kurang juga mendoakan segala urusan mereka sekeluarga dipermudahkan. "Moga Allah permudahkan urusan pakcik dan tambahkan rezekinya. Ebit sempat menghulurkan sumbangan wang RM1,000 buat mereka dalam pertemuan itu. "Alhamdulillah ustaz... beginilah akhlak nabi kita... saling membantu dan santuni orang yang susah dan memerlukan. "Hebat pakcik. Saya penggemar jagung. Kalau saya dekat dengan pakcik hari-hari saya beli jagung pakcik," tulis beberapa netizen. Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi dua minit 49 saat menunjukkan peniaga itu bertengkar dengan penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang mengundang simpati netizen. Isu itu turut menarik perhatian Ebit yang telah melawat peniaga jagung tersebut sebelum berkongsi di Facebooknya. Kata Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad, mereka menerima provokasi hingga menimbulkan perang mulut antara dua pihak seperti yang tular di media sosial pada Jumaat lalu. Kejadian tersebut berlaku Jumaat lalu sewaktu operasi penguatkuasaan terhadap penjaja tanpa lesen di sekitar Pasar Selayang Jaya. "Peniaga tersebut yang merupakan pemegang kad pemastautin tetap (PR) gagal memberikan kerjasama hingga menimbulkan kekecohan semasa penguatkuasaan dilaksanakan," katanya kepada Sinar Harian. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!