suria

“Kalau kari mentua diletak kayu, maka letak kayu” - Baru makan sesuap, suami dah komplen ‘tak sama macam mak masak’... isteri rasa diri tak berguna!

Seorang wanita meluahkan perasaan kecewa dengan sikap suaminya yang sering mengkritik cara masakannya.

TIDAK semua wanita yang sudah berkahwin pandai memasak tetapi ada yang cuba belajar untuk memperbaiki kelemahan itu dari semasa ke semasa.

Namun masih ada suami yang cerewet sehingga mengharapkan masakan isterinya seperti air tangan ibu sendiri dalam sekelip mata.

Begitulah yang berlaku kepada seorang wanita sebagaimana kisah yang dikongsikannya menerusi laman Facebook Kisah Rumah Tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami suka maki hamun, wanita akui geram sampai nak putuskan pertunangan - “Level dua pukul, tinggalkan je sebelum terlambat”

ARTIKEL BERKAITAN: Kasihan si suami... isteri tetap tergilakan ex-bf walau dilayan bak puteri, tak kisah langgar taklik - “Nak minum-minum je dia kata”

Menurut wanita berkenaan, suaminya baik, bertanggungjawab dan romatik tetapi dia kecewa dengan sikapnya yang sering mengkritik cara masakannya.

"Walaupun begitu, ada satu perkara yang sering menjadikan saya berasa isteri yang tidak berguna atau 'useless' iaitu hal ketika di dapur sewaktu hendak makan.



Wanita tersebut turut tertekan dengan sikap suaminya itu.

"Saya tidaklah begitu hebat atau pandai dalam bidang masakan kerana saya juga sedang proses belajar memasak. Namun saya tidak pernah tidak menyediakan makanan untuknya.

"Dari sesimple-simple hidangan hingga ke lauk kegemarannya. Setiap kali saya sedang memasak atau ketika sudah hendak makan, baru mahu masuk sesuap makanan ke dalam mulut dia selalu kritik itu, ini masakan saya," luahnya pada posting tersebut.

Kata wanita itu lagi, dia kecewa apabila suaminya mengharapkan masakannya sama seperti air tangan ibunya.

"Jika kari itu contohnya diletak kayu, maka letak kayu. Saya terasa seperti mahu menangis mendengarnya. Saya tidak tahu nak buat bagaimana lagi.

"Saya sudah sedaya upaya cuba yang terbaik, semangat ketika mahu memasak ketika mahu menjamu dia makan tetapi dia makan dengan berat hati dan muka yang mencuka. Seolah-olah tidak dihargai rezeki dan usaha saya memasak untuknya," kata wanita itu lagi.



Lelaki tersebut turut membandingkan masakan isteri dengan ibunya.

Meskipun dia sudah menjelaskan bahawa dia punya cara masakan tersendiri, suaminya memintanya supaya terus belajar memasak.

"Tidak apa-apa tapi bila saya masak lagi dikatanya itu, ini, begitu begini. Saya rasa sedih dan tension.

"Masuk waktu makan sahaja, saya moody. Dia pula seperti seorang yang perfect sahaja dalam setiap urusannya.

Saya merasa seperti biarlah dia balik semula ke ibunya. Tidak ada gunanya dia menikah, hidup bersama saya kalau lagi mahu makan masakan yang caranya sama seperti ibunya.

ISTERI

"Bila saya kata lepas ini saya sudah tidak mahu masak, lalu dia kata ikutlah kalau sanggup begitu," katanya.

Tidak tahan dengan sikap suaminya itu, wanita tersebut pernah meminta suaminya supaya balik saja ke rumah ibunya.

"Seperti saya kata apa pun tidak akan terkesan di hatinya maksud saya macam mana lagi harus saya buat.



Wanita tersebut sudah tidak tahan lagi dengan sikap suaminya itu.

"Saya merasa seperti biarlah dia balik semula ke ibunya. Tidak ada gunanya dia menikah, hidup bersama saya kalau lagi mahu makan masakan yang caranya sama seperti ibunya.

"Tidak ada gunanya kalau dia tidak mampu terima cara saya dan kekurangan saya. Jadi untuk apa dia menikah dengan saya?" soal wanita tersebut.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib wanita itu dan menasihatinya supaya belajar memasak dengan ibu mentuanya.

"Cuba belajar masak ngan mak mertua. Anak mak memang macam ni. Pikat dulu perut suami, jangan sikit-sikit nak cerai. Kahwin cerai sebab remeh tak membawa manfaat. Untung sangat kalau dapat mak mentua yang pandai masak. Boleh timba ilmu," tulis Syira.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kritik, masakan, isteri, ibu mentua, air tangan

Artikel Lain