suria

Ada yang nampak kelibat putih, tapi geng basikal lebih takut tengok 3 budak laki ‘berdesup’ atas jambatan usang

Aksi kanak-kanak berlari atas jambatan usang serta kelibat putih turut mencuri perhatian warga Twitter.

KONVOI berbasikal lima sekawan dari Sungai Petani, Kedah ke Pulau Pinang pada Jumaat lalu dikejutkan dengan satu kejadian sewaktu mereka berhenti rehat di sebuah jambatan.

Menurut Mohd Najib Ibrahim, dia dan rakan-rakannya terpaku saat melihat aksi tiga kanak-kanak lelaki berlari di atas sebuah jambatan usang yang pernah menjadi landasan kereta api suatu ketika dahulu.

Berlaku di Pinang Tunggal, Kedah, video dirakam jejaka berusia 23 tahun itu kemudiannya dikongsi di Twitter sehingga mengundang lebih 700,000 tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawat berduri atas jambatan, lokasi pertemuan air mata 2 beradik jadi sejarah... penduduk bersorak jam 12 tengah malam saat sempadan Perak-Selangor dibuka

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah suku, patah semula” - Ustaz Ebit gayat naik jambatan gantung di Sabah, terkenangkan kesusahan makcik Bajau terus jadi berani

"Masa tu geng basikal saya berkayuh ke Penang. Jadi kami berhenti sekejap sebab jambatan tu sangat lawa.

"Mula-mula nampak mereka di atas jambatan tu, tengah duk sembang kami tengok mereka berlari.

Ajib mengakui terkejut melihat aksi tiga kanak-kanak itu.

"Dua orang hanya berlari, seorang lagi berlari sambil melompat. Tapi tak sampai seminit pun kejadian tu berlaku," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Ajib, dia mengakui terkejut melihat tindakan tiga kanak-kanak itu yang disifatkan cukup berbahaya.

Ada pula komen di Twitter yang kaitkan dengan hal mistik.

MOHD NAJIB IBRAHIM

Malah katanya, sukar untuk dibayangkan jika sesuatu yang buruk menimpa ke atas mereka bertiga.

"Risau, saya cakap pada kawan-kawan. Kalau jatuh, apa mak ayah mereka akan rasa. Risikonya tinggi.

"Berani gila, kawan-kawan saya yang lain pun terkejut. Di jambatan itu juga pada waktu sama, ada pasangan pengantin tengok buat photoshoot outdoor.

Ajib bersama rakan-rakannya dalam konvoi pada Jumaat lalu.

"Memang nampak kelibat putih dari jauh. Ada pula komen di Twitter yang kaitkan dengan hal mistik. Macam tulah mentaliti orang sekarang, nampak kelibat je dianggap sebagai hantu.

"Hantu apa petang-petang? Tapi rata-rata komen di Twitter tak ada negatif. Cuma ramai yang risau," ujarnya.

Dalam pada itu, Ajib sempat berkongsi kisah perjalanan konvoi tersebut.

Ujarnya, dia dan empat rakan bertolak ke Pulau Pinang pada pukul 6 petang sebelum tiba pada pukul 8 malam.

Selepas menjamu selera hidangan nasi Arab, mereka kemudiannya kembali ke Sungai Petani pada malam yang sama.

Tak takut ke dik? Tinggi tu. Swipe up utk artikel penuh. (Kredit: @ajibxx)

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Jul 22, 2020 at 11:23pm PDT

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
jambatan, pantas, budak, berlari, photoshoot, konvoi

Artikel Lain