suria

Sofyank throwback kisah 10 tahun lepas, edit video guna ‘laptop pinjam’ - “Itu pun boleh dua kali sebulan je...”

Sofyank sewaktu berusia 14 tahun (baju biru) meneroka bidang penghasilan video sehingga bakatnya mendapat perhatian Zach King (baju kelabu).

BAKAT Mohammad Sofian Abdullah atau Sofyank dalam penghasilan video kesan khas tidak perlu dipertikaikan lagi.

Selain meraih sokongan rakyat negara ini, karya yang dihasilkannya pernah mendapat perhatian pelakon antarabangsa, Will Smith dan personaliti media sosial popular, Zach King.

Berusia 24 tahun, dia bagaimanapun mengakui apa yang dikecapi hari ini tidak datang bergolek.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau boleh tenang tak pasal tatabahasa ni?” - Pernah jumpa Zach King, Will Smith, personaliti media sosial ini tak melatah diejek salah grammar

ARTIKEL BERKAITAN: SofyanK buat kejutan! Ramai tersentuh lihat peminat cilik peluk tak nak lepas ketika pakai kasut – “Thank you abang Sofian... may Allah bless you”

Malah, segalanya bermula dalam keadaan serba kekurangan sekitar 10 tahun lalu sebagaimana video 'throwback' yang dikongsi menerusi Twitter.

Bercerita kepada mStar, Sofyank juga mengakui timbul perasaan sebak dan bangga tatkala melihat semula video lama miliknya.

Sofyank mengakui bukan mudah untuk dirinya sampai ke tahap hari ini.

"Sebenarnya adik saya nak sambung belajar, jadi saya nak bagi laptop lama saya. Sebelum kosongkan segala isi dalam laptop tu, saya terjumpa satu video lama.

"Bila tengok balik, rasa syukur sangat. Dulu susah nak buat video. Saya tiada laptop masa umur 14 tahun. Hanya edit video pakai laptop kakak.

Dulu jadikan sebagai hobi je, makin lama makin diterima dan ada orang beri sokongan.

SOFYANK

"Itu pun boleh guna dua kali sebulan je sebab kakak sambung belajar masa tu. Kalau dia tak ada, saya pergi cyber cafe. Masa tu saya pun tiada telefon dan internet sendiri," ujarnya sewaktu dihubungi.

Tambah Sofyank, dia juga tidak menyangka minat dan hobi itu kini mampu membawa pulangan buat dirinya.

Sofyank sewaktu bertemu Zach King.

Biarpun memiliki kelulusan dalam bidang perakaunan, dia kini bertugas sebagai juruvideo dan penyunting video di sebuah syarikat di ibu negara.

"Rasa terharu sangat. Dulu jadikan sebagai hobi je, makin lama makin diterima dan ada orang beri sokongan. Ia buat saya makin bersemangat untuk sampai ke tahap ini.

Video Sofyank sekitar 10 tahun lalu.

"Kalau dulu orang tak sokong, mungkin saya buat setengah jalan je. Disebabkan sokongan ramai, saya berani ambil risiko.

"Kalau dulu buat untuk diri sendiri je, sekarang saya kena hasilkan yang terbaik untuk orang yang sokong saya.

"Walaupun saya tak bekerja dalam bidang perakaunan, ilmu itu masih lagi berguna sehingga ke hari ini," ujar lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tapah, Perak itu.

Bakat anak muda ini turut mendapat perhatian Will Smith.

Sehingga kini, video 'throwback' yang dikongsi Sofyank menerima hampir 700,000 tontonan di Twitter.

Malah, ramai netizen mengakui bangga melihat perjalanannya sehingga mampu berada pada tahap seperti hari ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain