BAGI kanak-kanak yang masih bersekolah, antara perkara paling digeruni tentunya apabila gagal menyiapkan tugasan yang diberikan guru. Namun, lain pula ceritanya bagi murid berusia 10 tahun ini apabila kerja sekolah subjek Pendidikan Islam yang disiapkan musnah akibat dirosakkan oleh haiwan peliharaan. Menerusi kejadian pada Khamis lalu, Zahra Dhia Mohd Zahidin menangis teresak-esak apabila melihat segala penat lelahnya musnah begitu sahaja angkara si bulus berwarna oren yang digelar sebagai 'Gemuk' oleh ahli keluarganya. ARTIKEL BERKIATAN: “Oyen memang suka buat benda mengarut” - Pasang hazard light minta bantuan, pemilik akui kucingnya pelik... minum guna tangan ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup terbalikkan pasu ibu, Micko buat hal bawa pokok dan tanah masuk bilik... tak macam Micky, baik je! Memperincikan kejadian pada Khamis malam itu, abangnya, Zaid Haritsah, 27, berkata, Dhia tertidur sebelum menyedari helaian dalam sebuah buku latihan terkoyak akibat dikerjakan kucing tersebut. Akibat risau disoal oleh ustazahnya, Dhia juga sanggup bangun awal keesokan harinya untuk melengkapkan tugasan berkenaan. Zaid bersama adik bongsunya, Dhia. "Kerja tu dah siap, lepas bangun tidur dia ke dapur sekejap. Kerja sekolah pula ditinggalkan di atas lantai. "Tengok-tengok dah terkoyak dan kucing ada kat sebelah. Dalam dua helai juga yang terkoyak. Malam tu dia menangis sampailah masa nak tidur. Kami sekeluarga memang suka kucing. Kami ada 12 ekor kucing kat rumah. ZAID HARITSAH "Esoknya dia bangun pukul enam pagi untuk buat balik," ujar Zaid sewaktu dihubungi. Dalam pada itu, Zaid mengakui video itu dirakam secara suka-suka dan dia sama sekali tidak menyangka ia akan menjadi tular. Gemuk merupakan salah seekor kucing peliharaan mereka. Malah katanya, adik bongsunya itu juga tidak begitu gembira apabila menyedari dirinya menjadi perhatian ramai dek video berkenaan. "Terkejut tengok video tu viral. Adik saya (Dhia) pun marah lepas tahu video dia viral. Ada orang berhenti depan rumah, ajak ambil gambar. Dia masuk rumah dan marah semua orang. "Dia dengan kucing tu manja sangat. Sewaktu kejadian pun, dia menangis je. Tapi tak adalah sampai nak pukul kucing ke apa. Lagi paparan skrin video tular itu. "Kami sekeluarga memang suka kucing. Kami ada 12 ekor kucing kat rumah. "Sebelum ni pun ada video dia menangis sewaktu salah seekor kucing kami mati waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini," ujarnya yang menetap di Bera, Pahang. Selain tangisan Dhia yang seolah-olah kecewa tapi reda dengan kejadian itu, netizen turut terhibur melihat aksi kucing berkenaan yang membuat muka selamba tanpa sedikitpun rasa bersalah. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram Tabahlah dik. What to do kan? Tibeh speaking #mstaronline #mstar15tahun A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Aug 8, 2020 at 11:08pm PDT