"HANYA Allah sahaja yang mampu membalasnya" Demikian kata wanita ini melahirkan rasa terharunya dengan sikap prihatin rakyat Malaysia yang menghulurkan sumbangan bagi membiayai kos pembedahan bapanya. Menurut Nurul Jannah Ismail, bapanya, Ismail Ishak perlu menjalani pembedahan segera yang menelan kos mencecah RM19,000 selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kaki sebelah kiri akibat dilanggar sebuah kereta.ARTIKEL BERKAITAN: Asyik ulang alik hospital, tak tahan lihat ibu sakit kepala... kali ke-3 baru tahu hidap brain tumor - “Mak aktif, tak boleh duduk diam” ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak ada siapa bawa, mak pergi sendiri naik bas pun tak apa” - Tragedi lorong kecemasan! Orkid Cameron Highland tinggal kenangan kerana pemandu treler mengantuk Mengimbas kembali insiden yang berlaku pada Sabtu lalu, Nurul Jannah berkata ketika kejadian, bapanya yang merupakan pekerja sebuah syarikat pembersihan sedang berehat bersama beberapa rakan lain selepas bekerja. "Mengikut cerita rakan-rakan ayah yang juga saksi, ketika itu lebih kurang pukul 12.30 tengah hari mereka sedang berehat di bawah sebatang pokok tepi jalan selepas melakukan kerja pembersihan di taman perumahan di Lunas, Kedah. Perkongsian yang dibuat oleh rakan Nurul Jannah di Facebook. "Entah macam mana, sebuah kereta meluru ke arah mereka dan ayah tak sempat mengelak lalu dia dirempuh. Akibat rempuhan itu, ayah mengalami cedera parah di sebelah kiri badannya bermula dari paras pinggang ke bawah," cerita wanita berusia 28 tahun ini. Memperincikan mengenai kecederaan tersebut, Nurul Jannah berkata tulang kaki kiri bapanya hancur, tulang paha terkeluar dan tulang belakang pula patah. Tambahnya, dia dan keluarga dimaklumkan mengenai insiden tersebut oleh rakan-rakan bapanya. Bapa Nurul Jannah diberi bantuan perubatan sebelum dibawa ke hospital. "Mula-mula salah seorang kawan ayah hubungi saya, beritahu ayah kemalangan ketika bekerja. Masa tu saya di rumah dan sedang memasak. Dapat perkhabaran tersebut, memang terkejut. Rakan ayah hanya beritahu 'kemalangan' saja. "Belum lagi perasaan terkejut tu reda, tiba-tiba seorang lagi rakan ayah datang rumah beritahu perkara sama. Masa tu memang tak boleh bendung perasaan terkejut dah. Bila abang ke lokasi, baru tahu apa yang berlaku," ujarnya yang merupakan seorang pereka grafik. Pihak yang melanggar pun bertemu keluarga secara peribadi dan meminta maaf. Dia tak sengaja kerana hilang kawalan. Kami selesaikan secara elok. NURUL JANNAH ISMAIL ANAK Mengulas lanjut, anak kelima daripada enam beradik ini berkata bapanya baru lima bulan bekerja di sebuah syarikat pembersihan di Kulim. "Sebelum ini ayah lama juga tak bekerja memandangkan usianya sudah 68 tahun. Hanya kerja kampung biasa saja. Tapi mungkin sebab kebosanan, dia nak kerja. "Sedih bila tengok keadaannya ketika ini. Akibat kecuaian orang lain, tak semena-mena ayah terlantar. Tapi nak buat macam mana, benda dah nak jadi, kami reda. Akibat rempuhan itu, bahagian sebelah kiri bapanya bermula dari paras pinggang ke bawah mengalami kecederaan parah. "Pihak yang melanggar pun bertemu keluarga secara peribadi dan meminta maaf. Dia tak sengaja kerana hilang kawalan. Kami selesaikan secara elok," ujarnya lagi. Tambahnya lagi, dia sendiri tidak menyangka perkongsian rakannya mengenai insiden itu menjadi tular sehinggakan wang sumbangan dapat dikumpul dalam masa yang singkat. Bapanya berada dalam keadaan sedar sewaktu kejadian namun lemah ekoran kecederaan parah yang dialami. "Syarikat tempat ayah bekerja juga tak lepas tangan, mereka turut menghulur bantuan kerana kemalangan berlaku ketika ayah sedang bekerja. "Memang terharu sangat dengan keprihatinan orang kita. Walaupun tak kenal, tapi tak lokek membantu. Ada yang mesej, namun terlalu ramai yang derma senyap-senyap. Tak terhingga ucapan terima kasih buat semua. "Moga Allah saja yang membalasnya dan tak lupa, doakan keadaan ayah saya kembali pulih," ujarnya menutup bicara. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!