suria

Dakwa dan minta maaf! Asri Janggut akui malu dengan keterlanjuran kata-kata ‘polis, tentera tak jaga solat’ - “Jutaan maaf atas kejahilan saya”

Asri (dua dari kiri) membuat kenyataan itu menerusi satu siaran Facebook sehingga menjadi tular dan dikecam netizen.

NAMA Asri Janggut hangat diperkatakan selepas dia membuat dakwaan pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh, Selangor.

Malah, isu itu turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sehingga membawa kepada pertemuannya dengan pemilik rangkaian Hot Burger Malaysia itu di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Isnin.

Di media sosial, rata-rata netizen mengangkat Asri atau nama sebenarnya Mohd Asri Hamid sebagai hero kerana berani membongkarkan aktiviti yang melanggar undang-undang di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Pemilik bisnes burger bongkar aktiviti haram di Sungai Buloh... rupa-rupanya lelaki berjanggut ini banyak bantu orang susah, siap sediakan tempat tinggal

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi perhatian ramai selepas bongkar aktiviti haram, pemilik bisnes burger jumpa KPN

Namun pada Selasa, dia mula dihentam netizen selepas tular pula satu video yang mempertikaikan tentang ibadat golongan yang bekerja sebagai polis dan tentera.

“Kebanyakan yang masuk jadi polis, jadi tentera ini tidak jaga solat. Kebanyakan memang tak jaga solat.

"Terlalu mudah, cair, cepat. Hisap rokok, tak jaga sembahyang. Cuba tanya anggota polis, subuh sembahyang tak?

"Bila last sembahyang Subuh bawa isteri (berjemaah)?

“Pernah tak tanya anak apa itu syahadah," katanya dalam video itu.

Asri bertemu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada Isnin.

Menurut netizen, kenyataan serkap jarang itu membawa persepsi negatif terhadap anggota badan beruniform khususnya melibatkan hal ibadah mereka.

Malah kata netizen, ibadah solat merupakan urusan peribadi seseorang individu dengan Allah dan ia tidak patut dikaitkan dengan anggota polis dan tentera sahaja.

"Yang tak jadi polis dan tentera pun ramai yang tak jaga solat... Jangan mahu salahkan pasukan keselamatan.

Saya berasa amat-amat menyesal, malu, bersalah atas perkara tersebut.

MOHD ASRI HAMID

"Sampai ke solat anggota polis dan askar pun sempat dia buat statistik ya? Hebat ustaz ni.

"Dari hero ke zero... terlajak perahu boleh diundur. Adakah kita memiliki sifat Allah Maha Mengetahui segalanya?

"Pakcik aku polis dan sangat menjaga solat dia. Plus, memang sembahyang berjemaah dengan famili dia," tulis netizen.

Asri merupakan pemilik rangakaian Hot Burger.

Dalam pada itu, Asri pada awal pagi Rabu memuatnaik kenyataan maaf atas keterlanjuran kata-kata itu menerusi laman Facebook Hot Burger Malaysia.

"Bismillah. Assalamualaikum semua, berkenaan tentang solat, saya akui kelemahan, keterlanjuran, kejahilan saya.

"Saya berasa amat-amat menyesal, malu, bersalah atas perkara tersebut.

"Saya ingin memohon jutaan maaf atas kejahilan saya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain