DARI luaran, sebuah rumah kecil kelihatan hanya biasa-biasa, tapi berlaku kejutan besar buat sesiapa saja yang melangkah masuk ke kediaman itu. "Jujurnya kalau saya boleh buka baju saya dan melihatkan bulu-bulu berpintal saya ini, semuanya menegak dan meremang sebab terlampau bersih." Demikian pengakuan aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi mengenai sebuah rumah milik pasangan suami isteri yang dikunjunginya, menerusi penstriman video secara langsung di halaman Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Kereta bergerak guna 'tayar pinjam', wang bantuan guna beli bateri... rupa-rupanya kisah pasangan ini ada plot twist - "Kalau beli makanan akan habis juga" ARTIKEL BERKAITAN: Aktivis lepas geram, ibu 'demand'18 pek susu formula untuk sebulan... dah lupa cara susu badan - "Tak tahu macam mana nak mula balik" Ruang sempit dan siling rumah yang rendah memaksa Syed Azmi membongkokkan badannya untuk meninjau ke segenap ruang kediaman, dari luar hingga ke bilik tidur. Keadaan dapur yang bersih di luar rumah. "Ia macam standard rumah pondok-pondok, macam budak-budak main masak-masak, Macam ni lah... bersih gila beb!" ujar aktivis itu. Dapur dan stor yang terletak di luar rumah tersebut bukan sahaja bersih, malah setiap barangan dan kelengkapan disusun atur begitu kemas. Walaupun serba kekurangan tanpa pintu, bilik mandi dan tandas yang juga terletak di luar rumah dilihat amat bersih. Segala kelengkapan disusun dan diatur dengan kemas. Sebahagian dinding bilik mandi itu yang menggunakan atap zink seperti terpakai itu baru saja dipasang menjelang Hari Raya Aidiladha, baru-baru ini. Malah, sehingga kini penghuni rumah yang mahu mandi dan membuang air perlu melakukannya dalam keadaan terbuka kerana masih tiada pintu dipasang. Walaupun hanya kerja kampung, tapi mereka rajin cari duit lebih. SYED AZMI ALHABSHI Bercakap kepada mStar, Syed Azmi berkata, rumah asnaf itu terletak di sebuah bandar di Kelantan yang didiami oleh pasangan suami isteri berusia awal 50-an. "Secara umum, tanggapan masyarakat bahawa kalau rumah orang miskin mesti bersepah, busuk, kotor dan jijik. Saya yang dah lama melakukan kunjungan ke rumah-rumah golongan B40 memang dah biasa dengan keadaan sebegitu. "Saya cari mereka yang nak bantu mereka sendiri. Tapi sedihnya, segelintirnya masih ditakuk lama. Tapi kunjungan saya ke rumah ‘pondok’ ini sememangnya di luar jangka," katanya dengan nada teruja yang begitu kagum dengan rumah berkenaan. Keadaan di dalam rumah yang tidak mempunyai bilik. Syed Azmi memberitahu, pemilik rumah mencari rezeki dengan membuat ‘kerja-kerja kampung’ sambil dibantu isterinya yang merupakan suri rumah. "Walaupun hanya kerja kampung, tapi mereka rajin cari duit lebih. Sebab tu sikit-sikit mereka tambah rumah, tambah jubin buat lantai dan pasang dinding di bilik mandi. "Semua barangan dan kelengkapan adalah asas dan cukup-cukup, tak ada terlebih. Mereka hidup seadanya dengan kemampuan sendiri," ujarnya sambil memberitahu dia difahamkan pasangan itu tidak meminta bantuan. Tempat tidur yang bersih dan selesa. Menurut aktivis itu, dia boleh berdiri di dalam rumah pasangan itu hanya di ruang untuk solat dan tempat menggantung pakaian kerana silingnya lebih tinggi, manakala hampir segenap kediaman itu dia perlu menundukkan kepala atau membongkokkan badan. "Saya amat berbangga dengan pasangan ini kerana mereka hidup secara sederhana. Hanya ruang tidur tanpa bilik khas dan ruang solat di dalam. Dapur, ruang makan dan bilik mandi di luar rumah. "Semoga perkongsian saya menjadi pedoman buat semua. Saya masih kagum dengan keadaan rumah itu sehinggakan saya sanggup menawarkan diri untuk tumpang tidur di rumah mereka," kata Syed Azmi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram Kalau pembersih semuanya nampak cantik. Yang baik jadikan teladan. Semoga pemilik rumah ini dimurahkan rezeki. #mstaronline #mstar15tahun #mstarE1 Video FB Syed Azmi @azmi5779 A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Aug 13, 2020 at 4:41pm PDT