SEJAK video seorang murid yang jujur mengakui bapanya 'pandai masak air ketum' tular tiga hari lalu, rata-rata memberikan komen serta pandangan masing-masing baik di laman sosial, tempat kerja mahu pun ketika melepak. Tidak dinafikan, isu berkenaan memberikan impak yang bukan sedikit di mana ia melibatkan imej institusi perguruan. Namun begitu, isu ini sedikit sebanyak menjadi 'wake up call' untuk semua pihak agar lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang perkongsian di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula gamat sekelas, video anak dedah ‘bapa pandai masak air ketum’ kini kecoh... guru beri penjelasan - “Tak pernah upload aktiviti murid” ARTIKEL BERKAITAN: NUTP kesal penyebaran video ‘bapa pandai masak air ketum’, minta semua pihak beri Kementerian Pendidikan ruang lakukan penyiasatan Seorang guru yang kerap kali menulis mengenai isu semasa dan hal ehwal pendidikan di Facebook, Mohd Fadli Salleh turut terpanggil untuk mengulas mengenai isu berkenaan. Menurut beliau, tidak dinafikan kaedah pembelajaran pada alaf ini menuntut kaedah yang pelbagai termasuk rakaman video. Sebahagian daripada perkongsian Mohd Fadhli yang mengulas mengenai video tular baru-baru ini. "Ia sejenis cara mengajar yang berkesan, kena pula dengan Pendidikan Abad ke 21 (PAK 21). Dalam amalan Professional Learning Community (PLC), memang guru-guru diminta merakam video untuk tujuan perbincangan, refleksi, sebagai contoh amalan terbaik dan sebagainya. Ia dikenali sebagai video kritik. "Juga kami disarankan mengamalkan pendidikan yang dinamakan 'flip classroom' di mana murid diberi dulu bahan pembelajaran seperti video untuk mereka tonton dan belajar di rumah. Setelah itu pembelajaran akan diteruskan di sekolah. "Jadi secara asasnya, rakaman video pengajaran dan pembelajaran itu antara teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh guru guna," terangnya panjang lebar. Tangkapan skrin (screenshot) daripada video 'air ketum' yang memaparkan seorang murid perempuan menjawab pertanyaan gurunya dengan jujur. Bagaimanapun, Mohd Fadli berkata setiap rakaman video tetap perlu diteliti dan ditapis terlebih dahulu dibimbangi mengandungi 'scene' yang tidak elok. Mengakui dirinya antara yang sangat kerap merakam video pengajaran, Mohd Fadhli mendedahkan terdapat beberapa video yang terpaksa dipadam dan dirakam semula kerana sedar ia mengandungi 'scene' kurang elok dan boleh menjatuhkan maruah murid atau dirinya sendiri. "Video pembelajaran yang elok, tiada siapa akan marah. Bahkan orang seronok tonton. Cikgu Mohd Fadhli sering mengulas mengenai isu semasa serta hal ehwal pendidikan. "Dalam kes ini, aku tidak tahu siapa yang mula sebar. Ada kata pihak ibu bapa, ada pula kata sebaliknya. Tidak sudah jika terus bergaduh siapa yang sebarkan. "Cuma pesanan pada diri sendiri dan kawan-kawan guru, jika rakam video tolong semak semua video itu agar tiada mana-mana pihak yang terasa hati. Pastikan ia sesuai untuk dikongsi baru kita kongsi. "Jadikan kes hari ini sebagai pedoman untuk semua. Dan berhentilah saling tuduh menuduh, bergaduh, memaki hamun dan menyindir lagi," katanya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!