HANGAT diperkatakan tentang sikap segelintir pemandu kereta Perodua Myvi sejak kebelakangan ini. Gaya pemanduan sesetengah mereka bukan biasa-biasa, ada yang sangat cermat dan ada pula yang terlebih berani di jalan raya. Walaupun model kereta kompak, tetapi pemandunya dikatakan mencipta pelbagai 'rekod' di jalan raya. ARTIKEL BERKAITAN: "Myvi ni memang tak boleh behave ke? Hari-hari ada je buat perangai" - Aksi kereta Perodua redah laluan rumput, tak hirau kesesakan lalu lintas bikin ramai bingung ARTIKEL BERKAITAN: "Berani betul dia hon... King of the road tu!" - Lagi aksi 'luar biasa' Myvi, kali ini selamba buat U-turn tanpa rasa bersalah! Terbaharu, mengenai sebuah kereta Myvi yang dirakamkan dipandu laju di jalan raya dipercayai berlaku di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Klip video berdurasi sembilan saat bertarikh 5 September itu menunjukkan kereta berkenaan secara tiba-tiba 'meluncur laju' memotong sebuah kereta lain di lorong sebelah. Apa yang mengejutkan dalam insiden pada waktu malam itu apabila pemandu Myvi tersebut dengan selamba meredah pembahagi jalan. Kereta Myvi terus dipandu laju selepas melanggar pembahagi jalan. Seperti aksi lagak ngeri (stunt) dalam filem, kereta Myvi itu meneruskan pemanduan dengan memecut lebih laju dan agak mengejutkan tanpa mengalami sebarang masalah. Menerusi rakaman itu juga, kelihatan serpihan batu dipercayai dari pembahagi jalan yang dilalui kereta berkenaan. "Myvi masih top model mencipta 'rekod dunia Guinness' dalam mencabar mission impossible," tulis seorang pengguna Facebook yang berkongsi semula video rakaman tersebut yang kini tular di media sosial. Myvi, the king of the road (raja di jalan raya). NETIZEN Rata-rata netizen turut terkejut dengan tindakan pemandu Myvi itu yang bukan sahaja membahayakan dirinya sendiri, malah pengguna jalan raya lain. Menjadi persoalan mereka adalah bagaimana kereta sedemikian masih mampu bertenaga selepas melanggar pembahagi jalan. "Wow seperti filem Inggeris, Mission Impossible 5," komen seorang netizen yang merujuk filem pecah panggung lakonan Tom Cruise. Antara komen netizen mengenai Myvi berkenaan. "Myvi, the king of the road (raja di jalan raya)," ujar seorang lagi. "Myvi, memang apa pun boleh," komen netizen yang lain. Ada juga netizen yang mempersoalkan ‘pengakhiran’ kisah pemandu Myvi tersebut. "Apa jadi dengan kereta tu? Masih boleh pandu atau ditunda. Tinggi tu," komen seorang lelaki yang merujuk kepada ketinggian pembahagi jalan yang dilalui Myvi berkenaan. Bagaimanapun, salah seorang netizen mengandaikan keadan bawah kenderaan itu kemungkinan mengalami kerosakan teruk berdasarkan cara pemanduannya yang 'ganas' itu. Berdasarkan rakaman tersebut, keadaan jalan di lokasi kejadian agak gelap dan hanya diterangi oleh papan iklan berikutan lampu jalan tidak berfungsi, kemungkinan menyebabkan pemandu Myvi tersebut tidak menyedari pembahagi jalan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Sep 10, 2020 at 4:20pm PDT Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!