LUCU namun dalam masa yang sama berderau darah! Itulah situasi yang dialami seorang wanita apabila anak saudara lelakinya yang berusia lima tahun membuat pesanan makanan menerusi aplikasi Foodpanda yang terdapat dalam telefon bimbitnya. Apa yang mengejutkan, jumlah harga pesanan makanan yang 'dipesan' oleh anak saudaranya itu bukan calang-calang, sebaliknya mencecah RM2,000! ARTIKEL BERKAITAN: Dipuji kerana sanggup ulang alik 2 kali hantar parcel guru tercicir, abang kopiah hijau sempat bimbang nasib rider syarikat kurier ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan batal tempahan, rider Foodpanda terdetik bagi fastfood kepada kucing jalanan sebelum akhirnya diberi kepada insan yang sangat lapar "Alkisah last week punya cerita. Anak saudara saya main handphone saya, then order Foodpanda. Order dari restoran mahal! Nasib baik apps dalam phone bukan auto order. Kalau tak, RM1,800 ++ makanan sampai rumah. Berderau jantung tacik (makcik) dia. Nasib baik anak saudara kesayangan. Boy 5 tahun. Lapar katanya, nak makan pizza," demikian tulis wanita itu di laman Facebook Anak Sepahkan Apa Hari Ini sehingga menjadi tular. Berkongsi cerita dengan mStar, Nurul Azira Yasin berkata, ketika kejadian minggu lalu itu, dia meminjamkan sebentar telefon bimbit miliknya kepada anak saudara, Muhammad Ammar Naqeeb Muhammad Amran Sim. Anak saudara Nurul Azira bernama Ammar membuat pesanan menggunakan aplikasi Foodpanda daripada telefon bimbit miliknya sehingga mencecah RM 2,000. "Waktu macam tu memang bagi pinjam phone kejap supaya dia tak kacau saya dan ibunya untuk masak dan solat. Sedang ibunya masak, Ammar beritahu ibunya yang dia dah orderkan pizza untuk semua orang. "Ibu Ammar hanya okay kan je sebab tak terfikir dia akan buka apps Foodpanda. Lepas dinner, ibu Ammar masuk bilik saya dan kami berbual. Tiba-tiba ibu dia beritahu saya yang Ammar order pizza untuk semua orang sebab dia lapar. "Si ibu gelak sebab Ammar memang suka bergurau. Saya tak gelak sebab jantung saya bagai nak luruh bila dengar dia order pizza. Memang teringat apps Foodpanda dalam phone saya. "Terus saya jerit panggil Ammar minta phone balik. Bila buka apps tu, terus nampak berderet-deret pesanan makanan dalam senarai dengan harga lebih RM1,800," cerita wanita berusia 33 tahun ini. Malam tu memang tak mampu nak gelak. Esoknya bila dah confirm tak ada orang call pasal order, baru la lega sangat-sangat. NURUL AZIRA YASIN IBU SAUDARA Tanpa berfikir panjang, Nurul Azira segera memadam kesemua senarai makanan yang 'dipesan' anak saudaranya kerana bimbang pesanan sudah didaftarkan. "Otak saya jadi blank, tak mampu berfikir. Terus saya screenshot. Dia belum order tapi sebab takut, saya jadi ragu-ragu... saya terus padam semua senarai. Masa saya padam, dia marah. "Mungkin dia dah terbuka apps tu kemudian nampak gambar makanan kegemarannya, pizza. Itu yang dia order sebab dia memang kuat makan. Hari tu pun kami balik lambat sikit jadi lambat la prepare dinner. Itu yang dia tak sabar," ceritanya. Tambah Nurul Azira, disebabkan tindakan anak buahnya itu, dia berasa gelisah semalaman kerana bimbang restoran-restoran berkenaan akan menghubunginya. Hubungan Nurul Azira dengan Ammar sememangnya sangat rapat kerana tinggal sebumbung. "Jujurnya walaupun dah padam list tu, kami masih takut... risau sangat kedai dia order tu call kami. Walaupun dah banyak kali guna Foodpanda tapi hari itu saya jadi tak yakin. "Malam tu memang tak mampu nak gelak. Esoknya bila dah confirm tak ada orang call pasal order, baru la lega sangat-sangat," katanya yang menetap di Kajang, Selangor. Bercerita mengenai perwatakan anak saudaranya itu, Nurul Azira berkata Ammar sememangnya kanak-kanak yang aktif dan keletah serta sangat rapat dengannya tambahan mereka tinggal sebumbung. Ammar (kanan, belakang) bersama ibu bapa dan adik beradiknya. Dalam pada itu, Nurul Azira menjelaskan, tujuan perkongsiannya hanyalah sebagai peringatan kepada para ibu bapa yang lain agar lebih berhati-hati berkenaan penggunaan telefon bimbit oleh kanak-kanak. "Saya mohon sangat jangan dikecam anak saudara dan famili pasal penggunaan gajet. Kami juga seperti ibu bapa yang lain, menghadkan penggunaan gajet. Semua ini berlaku di luar kawalan kami. Sudah pasti Ammar sudah didenda dengan apa yang dia buat. "Dia tak berani buka apps Foodpanda sebab dah kena denda. Takut berulang lagi, saya dah uninstall Foodpanda, bila nak guna saya akan install balik," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!