suria

“Rasa tak lama dah baby ni” - Doktor akui buat ‘silap’ ketika rawat bayi pramatang, keajaiban 3 tahun lepas beri pengajaran bermakna

Dr Redza Zainol (gambar kecil) berkongsi pengalaman merawat seorang bayi pramatang yang memberi banyak pengajaran kepadanya.

TUGAS seorang doktor hanyalah merawat, namun kuasa menyembuhkan seseorang tetap milik-Nya.

Walaupun ada sesetengah situasi menunjukkan keadaan pesakit seperti sudah tiada harapan, namun tidak ada siapa pun yang mampu mengatasi ketentuan takdir.

Sebagaimana perkongsian seorang doktor ini, dia menceritakan pengalaman merawat seorang bayi pramatang berusia sebulan yang mempunyai harapan tipis untuk hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor pulang dengan rasa menyesal selepas kejadian di wad bayi, tersentak dapat pesanan padu nurse senior pertama kali azankan baby tak berbapa

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa Uncle S tonyoh muka kakak pada kemaluan dia?” - Anak jadi mangsa nafsu rakan bapa, hanya menggigil tahan air mata dengar penjelasan doktor

"Waiz dah hampir dua bulan di dalam wad. Dia lahir sebagai bayi pramatang. Nasib dia kurang baik. Berkali-kali paru-parunya diserang kuman dan dah bermacam jenis antibiotik kami beri.

"Dengan setiap jangkitan kuman itu, tisu paru-paru dia lebih banyak tercedera. Malam tu, saya hanya duduk di sebelah Waiz. Bergelut untuk pastikan dia terus hidup.

"Muka, tangan dan kakinya tetap biru. Dadanya berombak. Kami keletihan. Dalam fikiran ni terlintas pula 'rasa tak lama dah nyawa baby ni'," tulis Dr Redza Zainol pada perkongsian di Facebook.



Dr Redza berkongsi pengalamannya menerusi coretan di Facebook.

Menurut doktor ini, ketika itu dia sebenarnya sudah membuat 'kesilapan' apabila mengandaikan sesuatu perkara yang bukan terletak dalam bidang kuasanya.

Ini kerana tanpa diduga, keajaiban berlaku di depan matanya tidak berapa lama kemudian.

"Entah apa yang jadi, tepat pukul 5 pagi keadaan dia beransur baik. Nafasnya lebih lancar. Muka dan seluruh badannya kini berwarna merah. Syukur sangat.

"Yang saya ingat, bayi hebat ni akhirnya discaj tapi perlu pakai tiub pernafasan oksigen di rumah selama setahun," ceritanya.

Aturan Tuhan, tiga tahun kemudian, Dr Redza berkata dia bertemu kembali dengan bayi pramatang yang dirawatnya itu.

Mana mungkin Allah jumpakan saya dengan keluarga ini semula tanpa sebab. Pangkat doktor bukan bermaksud kita boleh berbuat kerja tuhan. Pangkat tinggi atau rendah kita semua hanya hamba-Nya.

DR REDZA ZAINOL

PAKAR PEDIATRIK

"Bila saya baca semula rekod perubatan dia, barulah saya teringat.

"Dialah Waiz, sudah sihat dan gembira macam kanak-kanak kecil yang lain.

"Lebih indah bila melihat si emak begitu gembira bercerita. Selama tiga tahun ni, dialah yang jaga sendiri anaknya. Sekarang Waiz sihat dan perkembangannya sangat baik," ceritanya.

Cerita Dr Redza lagi, ternyata pertemuan tersebut meninggalkan kesan mendalam kepada dirinya selaku seorang pengamal perubatan kerana telah diberikan pengajaran yang sangat bermakna.



Dr Redza banyak berkongsi coretan mengenai hal kesihatan kanak-kanak dan keibubapaan di Facebook.

"Mana mungkin Allah jumpakan saya dengan keluarga ini semula tanpa sebab. Pangkat doktor bukan bermaksud kita boleh berbuat kerja tuhan. Pangkat tinggi atau rendah kita semua hanya hamba-Nya.

"Jika ditarah tangan saya, yang keluar sama merahnya, sama darahnya. Ada beberapa perkara yang menjadi kerja mutlak tuhan iaitu, mati, ajal, maut, rezeki, pertemuan, perpisahan juga hal-hal jodoh (juga hal-hal lain yang segalanya boleh dengan kuasa Allah SWT).

"Semoga selepas ini saya sentiasa cuba melapangkan dada agar tidak mudah saya bersangka-sangka dan menduga-duga kerja Allah. Ia memang perkara yang langsung tak sepatutnya saya fikirkan. Terima kasih ya Allah atas pengajaran ini," tulisnya mengakhiri coretan.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain