suria

1 Syawal dah 4 bulan berlalu, restoran popular ‘up’ ucapan hari raya bikin ramai tertanya-tanya – “Aik semalam puasa ke?”

Ucapan Selamat Hari daripada Nando's Malaysia.

BULAN September bakal melabuhkan tirai, seterusnya memasuki Oktober dengan semangat baharu meskipun dunia masih dilanda pandemik Covid-19.

Namun, hujung minggu ini netizen dikejutkan dengan ucapan Selamat Hari Raya daripada sebuah rangkaian restoran popular.

"Raya di mana-mana rasanya sahaja kalau sentiasa bersama keluarga. Selamat Hari Raya to all our Muslim friends! (Selamat Hari Raya kepada semua rakan-rakan beragama Islam!"

ARTIKEL BERKAITAN: "Cutenya... ayam pun tumpang gembira" - Gadis terima hantaran unik dapat kejutan!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan sakit tak sangka rider sudi layan dirinya, 'Bubur Ayam McD-Panadol' jadi penawar,"Dapat juga pergi kerja walau separuh hari"

Demikian keterangan posting di laman sosial Nando’s Malaysia, rangkaian restoran popular dengan hidangan ayam menerusi akaun rasminya di Facebook, Twitter dan Instagram pada Sabtu.

Posting berkenaan turut dimuat naik gambar ucapan Selamat Hari Raya dengan imej ketupan berwarna hijau.



Salah satu posting di laman sosial Nando's Malaysia.

Rata-rata netizen keliru dengan ucapan tersebut sedangkan umat Islam di seluruh dunia menyambut 1 Syawal pada 24 Mei lalu, kira-kira empat bulan lalu.

"Raya apa hari ni?" tulis seorang netizen.

"Aik semalam puasa ke?" komen seorang lagi netizen.

Netizen turut berpandangan sama ada posting tersebut adalah draft lama yang baru disiarkan, atau sebaliknya.

"Awal dia wish. Disember pun belum lagi dah wish raya tahun depan. Betul-betul advance ni," ujar seorang netizen.

Awal dia wish. Disember pun belum lagi dah wish raya tahun depan. Betul-betul advance ni

NETIZEN

"Jangan marah, mungkin dia nak post hari raya lepas tak letak discard. Baru terpost tu," kata yang lain.

"Lamanya loading. Dari bulan Mei, September baru berjaya upload," seorang lagi memberi pandangan merujuk kepada ucapan Aidilfitri yang baru disiarkan.'



Antara komen netizen.

Pada masa sama, terdapat netizen memberikan respons dengan memberikan ucapan.

"Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin," kata seorang netizen.

Malahan, ada yang mengaitkan ucapan 'Hari Raya' itu dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang menyaksikan hari mengundi pada Sabtu.

Bagaimanapun, tidak dipastikan ia sekadar gimik restoran berkenaan, atau ia dikaitkan dengan promosi terbaharu.

Sejak dimuat naik pada pagi Sabtu, posting ucapan tersebut diulang kicau di akaun twitter rasminya @NandosMy lebih 2,500 kali, manakala lebih 2,000 dikongsi di halaman rasmi Facebook restoran berkenaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain