suria

Bekas tentera kongsi tip jika dengar bunyi, terserempak binatang buas... sangat simple tapi susah nak buat dalam situasi sebenar!

Seorang bekas tentera berkongsi petua sekiranya terdengar atau terserempak dengan binatang buas di hutan. Gambar hiasan.

BAGI mereka yang suka melakukan aktiviti di kawasan hutan seperti mendaki gunung, berkhemah, jungle trekking dan sebagainya, pasti banyak persediaan yang perlu dilakukan.

Mana tidaknya, kawasan hutan mempunyai risiko tersendiri di mana terdapat banyak binatang buas dan berbisa, juga pantang larang tersebdiri.

Justeru bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti-aktiviti seperti ini, selain melengkapkan diri dengan senjata, mereka juga disarankan mengambil tahu serba sedikit 'petua' sebagai salah satu bentuk persediaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyah dedah tak pakai ilmu tangkap King Kobra besar lengan – “Geram, ular patuk ibu saudara tak sempat ditangkap”

ARTIKEL BERKAITAN: “Beruk tu nak dukung anak saya” - Berlubang dahi diserang monyet liar, ibu menggigil saksi anak nyaris dibawa lari masuk hutan

Menerusi laman Facebook Hiking & Camping Around Malaysia, seorang lelaki berkongsi petua sekiranya terdengar bunyi binatang buas.

"Jika terdengar bunyi seperti ini semasa melakukan aktiviti hiking, trekking, camping dan sebagainya, cuma perlu bertenang. Berhenti sebentar dan kenal pasti dari arah mana bunyi tu.

"Dah tahu arah bunyi tu, teruskan perjalanan perlahan-lahan dengan penuh rasa yakin. Jangan tunjuk rasa takut.



Perkongsian seorang bekas tentera kepada mereka yang gemar melakukan aktiviti di dalam hutan.

"Jangan sesekali duduk atau tunduk membongkok..takut nanti dia anggap kita haiwan mangsa...jangan sekali-kali berlari kerana haiwan tu lebih laju berlari dari kita dan sudah menjadi tabiat semula jadinya mengejar mangsa buruan.

"Mengikut pengalaman saya 22 tahun dalam tentera dan beroperasi dalam hutan, bunyi seperti ini dalam radius 50 meter keliling dari tempat kita berada,"tulis pelayar bernama Md Daud pada perkongsian tersebut.

Meneruskan perkongsiannya, pelayar lelaki ini turut memberikan petua sekiranya terserempak dengan binatang buas di dalam hutan.



Sekiranya berdepan dengan situasi sedemikian, mereka dinasihatkan supaya bertenang dan tidak melakukan sebarang provokasi. Gambar hiasan.

"Sekiranya bertembung dengan haiwan tu, tindakan pertama ialah berhenti, bertenang, jangan tunjuk rasa takut. Kekal berdiri. Jangan pegang kayu atau parang dengan niat provokasi.

"Nanti dia anggap kita sebagai ancaman dan tindakan semulajadi dia ialah menyerang untuk mempertahankan diri.

"Biasanya haiwan tersebut akan perhatikan kita sama ada ancaman atau bukan. Itu sebabnya kita perlu bertenang. Kalau dia tengok kita bukan ancaman bagi dia, dia akan segera beredar.



Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Apabila dia telah beredar, teruskan perjalanan, jangan lupa berdoa. Yang penting jangan ganggu dia, InsyaAllah dia tak ganggu kita," tulisnya lagi.

Sehingga kini posting tersebut meraih sehingga 236 perkongsian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain