BERKONGSI rezeki boleh dilakukan dengan pelbagai cara, tambahan pula ketika ini ramai yang terkesan gara-gara pandemik Covid-19. Begitu juga dengan wanita ini yang mengambil inisiatif melakukan infak ikan dengan mengedarkannya kepada orang ramai, khususnya kepada golongan yang kurang berkemampuan. Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang mahu dikenali sebagi Mami Mashieta berkata infak atau sedekah ikan tersebut bukan dilakukannya seorang diri, sebaliknya ia adalah hasil sumbangan kenalan dan juga pihak yang bermurah hati. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kerja biasa-biasa’, tapi grup anak muda ini semangat membara nak tolong orang susah - “Ada yang baru keluarkan duit BPN, mereka sanggup derma” ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki clown terjejas tak halang lelaki ini bersedekah... ramai tersentuh lihat nota diselit pada makanan - “Kerjaya ini buat kita dekat dengan kanak-kanak” Sudah memulakan aktiviti berkenaan sejak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama lagi, wanita ini berkata idea untuk melakukan infak ikan timbul sewaktu bekalan hasil laut itu terlalu banyak beberapa bulan lalu. "Pada ketika itu bekalan ikan terlalu banyak dan harganya pun murah. Jadi timbul idea ini di mana secara tak langsung ia bukan saja dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan, tetapi juga membantu golongan nelayan. Ikan dibeli terus daripada nelayan sebaik sahaja tiba di jeti. "Saya suarakan dalam Group WhatsApp dan sambutannya amat menggalakkan. Ada ahli grup itu menyumbang setiap minggu, ada yang setiap bulan. Kita akan kumpulkan dana dulu dan bila cukup, kita akan buat. "Ikan ini dibeli sebaik sahaja nelayan tiba dari laut, jadi ia sangat segar. Ikan yang saya beli adalah ikan kembung sebab harganya lebih berkemampuan dan boleh diedarkan lebih banyak. "Biasanya setiap kali beli untuk aktiviti infak ini, kita sasarkan RM400 untuk sekali sumbangan," katanya yang turut meniaga ikan dan hasil laut secara online. Ikan kembung akan diberikan satu kilogram untuk setiap individu. Jelas wanita ini, aktiviti infak ikan tersebut tidak mempunyai satu jangka masa tetap kerana ia bergantung kepada beberapa faktor. "Buat masa ini tak ada satu jangka masa tetap mengenai kekerapan aktiviti ini sebab ia bergantung kepada beberapa keadaan juga, contohnya bekalan ikan, tabung infak, tenaga dan juga masa. "Namun setiap kali nak buat infak, saya akan war-warkan di dalam Facebook dan WhatsApp mengenai butirannya seperti lokasi, masa dan tarikh. Namun ada yang tak faham, kononnya apa yang dibuat ini sekadar nak menunjuk-nunjuk. Kalau itulah tanggapan mereka, tak boleh nak buat apa. Saya hanya diamanahkan. MAMI MASHIETA "Alhamdulillah, sambutan yang diterima masyarakat setempat sangat menggalakkan. Mereka akan beratur siap-siap sebelum kami tiba lagi," ujar wanita berusia 46 tahun ini lagi. Sungguhpun banyak menerima pujian, namun wanita ini akui wujud juga segelintir pihak yang melontarkan kritikan kurang manis berhubung inisiatif tersebut. "Pertama sekali saya sendiri tak tahu benda ini viral, sehinggalah ada kawan yang beritahu. Mungkin ada antara penerima infak ini post di media sosial. Orang ramai mula memenuhi lokasi tempat pengedaran ikan sebelum Mami Mashieta tiba. "Namun ada yang tak faham, kononnya apa yang dibuat ini sekadar nak menunjuk-nunjuk. Kalau itulah tanggapan mereka, tak boleh nak buat apa. "Saya hanya diamanahkan... bermula dari kumpul duit, beli barang dengan suami, packing dan edarkannya kepada orang ramai. Sekurang-kurangnya ia boleh memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut sama melakukan amal jariah," kata anak jati Pulau Pinang ini lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!