SUDAH setahun si bapa pergi menghadap ilahi, namun puteri sulung yang baru berusia empat tahun bagaikan masih belum mengerti akan apa yang berlaku. Setiap kali dibawa menziarahi pusara, bicara Nur Alisha bagaikan mengharapkan bapanya, Fakaruddin Abdul Talib yang meninggal dalam kemalangan jalan raya pada Oktober tahun lalu agar pulang semula seperti sedia kala. Kisah meruntun hati itu diceritakan oleh ibu saudaranya, Haliza, 29, yang turut mengakui masih lagi terkesan dengan pemergian abangnya. ARTIKEL BERKAITAN: “Dia rindu tapi tak tahu nak cakap” - Sayu... tak pandai kira hari, tapi anak syurga ini tahu rutin ziarah pusara bapanya ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tahun berlalu, suatu malam anak autisme ajak ibu saudara ke kubur ibunya hanya untuk peluk nisan - “Kenapa umi meninggal?” Malah, rakaman video yang dikongsi sewaktu anak kecil itu dibawa ke pusara juga bagaikan mengimbas saat pertama kali mereka dikhabarkan dengan kejadian duka tersebut. "Masa tu arwah abang saya nak balik dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat, Johor. Dia bekerja di sana dan berulang-alik seminggu atau dua minggu sekali untuk berjumpa keluarga. "Biasanya dia akan ambil bas, pada waktu itu dia naik motor. Tapi kami tak risau, sebab dia memang dah terbiasa ikut konvoi motor sehingga ke Thailand. Tak sangka penghujung hayatnya dengan motor. Dia memiliki minat yang sama dengan ayah saya, sama-sama suka motor. Foto kenangan arwah Fakaruddin bersama isteri dan dua anaknya. "Sebenarnya arwah abang saya nak bawa isteri dan dua anak perempuan berpindah ke Kuala Lumpur. Dia baru sebulan duduk di rumah baharu, tunggu hujung tahun untuk proses berpindah sebab kakak ipar kerja tadika, nak tunggu cuti sekolah hujung tahun dahulu. Tapi tak kesampaian. "Setiap kali kakak ipar bawa anaknya ke kubur, Alisha yang sulung seolah-olah anggap bapanya masih ada," ceritanya kepada mStar. Menurut Haliza yang kini bertugas di Kuala Lumpur, Alisha cukup rapat dengan arwah bapanya. Masa saya hamil anak pertama, kakak ipar saya pun tengah hamilkan Alisha. Cuma kelahiran berbeza sebulan. HALIZA Malah, dia juga mengakui mengerti akan kesedihan yang dialami kakak iparnya setelah kematian suami, khususnya untuk menjawab soalan Alisha yang masih belum mengerti apa yang berlaku. "Biasanya dua minggu sekali kakak ipar akan bawa anak-anaknya ke kubur. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari tu, lama tak ziarah kubur. "Alisha akan tanya, bila polis (sekatan jalan raya) nak balik... sebab dia nak ajak pergi ke kubur. Kakak ipar menetap di Segamat, dalam sejam juga nak datang ke kubur di Batu Pahat. Alisha juga pernah demam selepas bapanya meningal dunia. Mungkin sebab rindu sangat. "Bagi saya, apa yang berlaku berat untuk kakak ipar saya. Tanggungjawab untuk jaga dua anak bila suami dah tak ada. Foto persandingan serentak Haliza dan suami bersama arwah abangnya dan kakak ipar pada 2015. "Bila teringat Abi, anak akan tanya. Kita sebagai ibu, berat nak jawab. Tapi budak-budak tak faham lagi. "Alisha juga pernah tanya emak dia, Abi tak balik ke? Malam tadi jumpa Abi dalam mimpi, dia kata nak balik," imbas Haliza lagi. Ujarnya, dia turut sebak mengenangkan segala kenangan bersama abangnya termasuklah majlis persandingan yang dijalankan serentak pada tahun 2015. "Saya rasa terkesan, sebab majlis persandingan abang dan majlis saya dibuat bersama pada tahun 2015. "Masa saya hamil anak pertama, kakak ipar saya pun tengah hamilkan Alisha. Cuma kelahiran berbeza sebulan," dedah Haliza lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram Sebak pula hati ni tengok video anak kecik yang belum mengerti kematian ayahnya. Teruja nak pergi ziarah kubur Abi #mstar #mstar15tahun #mstarMoi (Video: @hlz_tlb ) A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Oct 20, 2020 at 7:12pm PDT TONTON VIDEO PILIHAN!