RAMAI masih terkesan terutamanya mereka yang menjadikan perniagaan sebagai punca pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada Mac lalu. Situasi itu turut dialami Sharifah Nur Faidah Syed Hamdan dan suaminya, Abdul Haman Kamandan yang menjalankan perniagaan optik secara kecil-kecilan sejak lima tahun lalu. Menurut Sharifah Nur Faidah, dia dan suaminya kini sudah tidak lagi menawarkan perkhidmatan tersebut yang kebanyakannya bertumpu di institusi pengajian tinggi (IPT) sejak Mac lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Bilik tidur gaya kampung disuntik elemen trendy, pelajar UiTM puas hati transformasi RM2,000 menjadi - “Saya bukan jenis terperap dalam bilik”ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Interior Design jelmakan sentuhan magis di kamar tidur, ibu 'teringin' siap buat permintaan khas - “Ingat tak sempat sebelum raya” "Kami banyak join karnival di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Jadi bila start Covid-19 universiti dah tak izin orang luar masuk. Sha (barisan belakang dua dari kiri) bersama keluarga besarnya semasa sambutan Aidilfitri tahun lalu. "Biasa student banyak buat cermin mata. Jadi bila student dah belajar online kami terus hilang punca pendapatan. Kalau berniaga online pun jarang dapat jual banyak. Ada pun satu dua pasang saja," kata wanita berusia 35 tahun itu. Disebabkan itu, Sharifah Nur Faidah atau mesra disapa Sha berkata dia dan suaminya tidak lagi mampu membayar sewa rumah mereka di Melaka. "Bila dah tak ada pendapatan tu memang susah nak bayar sewa rumah bulan-bulan. Duit simpanan habis bayar yuran anak, bil telefon dan elektrik. "Suami nak kerja bertukang pun tak boleh masa tu sebab PKP. Saya pula buat grooming kucing, jadi dapatlah duit belanja dapur cuma duit sewa rumah tu kadang-kadang terpaksa bayar sikit-sikit dan ada tunggakan," katanya. Melihat kepada situasi Covid-19 yang masih belum nampak tanda untuk pulih, Sha berkata dia menghubungi ibunya untuk meminta izin tinggal di bangunan terbiar dekat tanah pusaka peninggalan datuknya di Rawang, Selangor kerana tidak mampu menyewa. Keadaan ruang dapur sebelum dan selepas diubah suai. "Bila tengok keadaan sekarang dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disambung semula, saya pun call ummi minta izin untuk tinggal sementara di tingkat 2 bangunan tinggalan dekat tanah pusaka arwah atok. “Ummi izinkan sebab dia pun nak buat rumah tu untuk anak dan cucu-cucu berkumpul especially time raya sebab kami dah tak ada kampung. Atok pun dah lama meninggal," katanya. Part keluar modal (renovation) ramai buat spekulasi kata kami tak ada duit nak sewa rumah tapi boleh pula buat renovation. Sebenarnya ummi saya yang keluarkan modal tersebut. SHARIFAH NUR FAIDAH SYED HAMDAN Peniaga Susulan itu, Sha bersama suami dan empat anaknya mula berpindah ke bangunan tersebut sejak awal bulan ini dan melakukan kerja pengubahsuaian dengan modal yang terhad. Dia turut berkongsi gambar pengubahsuaian kediaman sementara mereka itu di Facebook Kelab Kaki Deko sehingga menjadi tular. Rata-rata memuji hasil kerja suaminya yang kemas dan cantik sehingga berjaya membuat transformasi terhadap kediaman yang sudah lama terbiar itu. Tandas yang sudah dibersihkan dan diubah suai. Namun tidak kurang juga ada yang mengecam mereka kerana dilihat mampu mengubah suai kediaman tersebut tetapi tidak berkemampuan untuk menyewa sebuah rumah. Menjelaskan perkara itu, Sha berkata kerja pengubahsuaian itu dilakukan dengan modal yang diberikan ibunya. "Part keluar modal (renovation) ramai buat spekulasi kata kami tak ada duit nak sewa rumah tapi boleh pula buat renovation. Sebenarnya ummi saya yang keluarkan modal tersebut. "Ikut plan asal memang saya nak keluarkan duit KWSP tapi ummi kata tak payah biar je dia keluar duit dan kami hanya repair apa yang patut. "Lagipun ummi kata memang dia nak keluarkan modal untuk repair rumah tu. Nanti senang cucu-cucu dan kami adik-beradik nak balik berkumpul ramai-ramai," katanya. Hasil kerja pertukangan suami Sha mendapat pujian netizen. Sejak postingnya tular di media sosial, Sha bersyukur kerana ada yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan suaminya. "Suami memang ada kemahiran bertukang. Sebelum ni pun dia ada ikut kawan-kawan buat kerja bertukang. Sehari tu bolehlah dapat RM80 atau RM90. "Saya memang tak sangka posting tu akan viral sebab saya post untuk suka-suka. Alhamdulillah ada orang call nak upah suami buat dorm di sebuah sekolah tahfis. "Memang terkejut. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan saya harap agar lebih ramai sudi mendapatkan perkhidmatan suami saya," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!