LUPAKAN masa silam, fokus masa depan. Begitulah luahan seorang ibu anak satu berhubung kisah lampaunya yang sudah lama ditinggalkan. Wan Nur Amirah Wan Alias, 23, yang juga penuntut bidang Psikologi dan Kaunseling di Universiti Malaya (UM) mencuri tumpuan apabila berkongsi perjalanan video hidupnya menerusi akaun TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Dua Lipa Malaysia’ dikecam kongsi foto glow up 2019... tudung ‘hilang’ - “Saya memang selalu dibenci, ada yang panggil pelacur” ARTIKEL BERKAITAN: Gadis berhijab mengaku perangai gila-gila pertahan aksi lucah tunjuk jari tengah - “Ibu bapa dah bagi didikan sempurna, ni atas diri saya” Mesra disapa Mira, dia mengakui dirinya merupakan seorang pelajar bermasalah sehingga menerima tohmahan orang kampung sebelum perlahan-lahan berubah selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Dalam kelas, biasanya saya akan dapat nombor tercorot sewaktu peperiksaan. Pelajar lelaki lagi pandai, memang rasa malu. "Saya malas belajar, dulu tak bertudung, rambut diwarnakan. Suka berkawan, keluar naik motor siang malam sehingga digelar bohsia oleh orang kampung. Nak bergembira sepanjang masa. Sedutan perkongsian Mira menerusi video TikTok. "Masa exam SPM, saya menangis sebab tak boleh jawab subjek Fizik, tiada siapa boleh tolong. Lepas dapat keputusan 3A dan gagal masuk universiti, saya dengan sendiri nak berubah," ujarnya kepada mStar. Tanpa paksaan sesiapa, gadis dari Kota Bharu, Kelantan itu menyambung pengajian ke peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi mengejar impiannya untuk ke menara gading. Malah, dia perlahan-lahan mula bertudung dan mengubah gaya hidup untuk fokus sepenuhnya kepada pelajaran. "Saya tengok ramai kawan masuk universiti dengan keputusan SPM. Saya rasa malu. Saya sebenarnya dari kelas depan, aliran sains tulen. "Jadi saya masuk STPM. Saya rasa ada lagi peluang untuk saya. Dari situ saya mula bertudung dan betul-betul istiqamah. Kepada mereka di luar sana yang nak berubah, mindset sangat penting. MIRA "Saya tekad nak cabar diri, belajar sepanjang masa sehinggalah akhirnya saya dapat keputusan 4.0 dan berjaya masuk universiti. "Saya sedih bercampur gembira sebab tak pernah banggakan mak ayah sebelum ni," ujarnya lagi. Ujar Mira, dia telah berkahwin dengan lelaki pilihannya sewaktu sedang mengikuti pengajian dan kini dikurniakan seorang bayi perempuan berusia setahun lapan bulan. Menetap di Petaling Jaya, Selangor, dia juga meneroka peluang baharu apabila memulakan perniagaan produk scrub jenama sendiri sambil mengikuti pengajian di UM. Kata Mira, dia nekad berubah selepas mendapat keputusan kurang memuaskan sewaktu SPM. Kata Mira lagi, dia melihat TikTok sebaai satu platform yang cukup bermanfaat untuk dia memasarkan produk dan juga medium dakwah untuk berkongsi kisah inspirasinya bersama netizen. "Saya sekadar berkongsi kisah saya menerusi video di TikTok. Rugi orang yang tak guna TikTok. Boleh belajar memasak, tengok video dakwah, ilmu perniagaan dan sebagainya. "Kepada mereka di luar sana yang nak berubah, mindset sangat penting. Yang penting kita kena mulakan langkah dahulu. Jangan fikir kata-kata orang. "Fikir ke depan. Kenapa fikir negatif kalau boleh fikir positif?" katanya lagi. Sehingga kini, video penghijrahan Mira menerima lebih 65,000 tontonan di aplikasi TikTok. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram Alhamdulillah. Satu kisah penuh inspirasi buat kita semua. Kalau ikhlas nak berubah, InsyaAllah dipermudah segala urusannya. All the best min ucapkan. Boleh swipe up utk baca artikel penuh. #mstar #mstar15tahun (Video: @mcteq ) A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Oct 31, 2020 at 9:19pm PDT