BUNYI ketukan pintu yang kuat hingga mengejutkan penghuni rumah di beberapa kampung sekitar Sabak Bernam sejak beberapa hari lalu masih menjadi teka-teki. Gangguan misteri itu turut menjadi perbualan hangat netizen di Facebook sehingga menarik perhatian seorang wanita untuk berkongsi pengalaman seram yang pernah dilaluinya. Menurut Nur Rabitahani Basroh yang sudah menetap di Kampung Kemboja, Sepintas juga di daerah sama sejak enam tahun lalu, dia sering diganggu dengan bunyi pintu rumah diketuk tanpa salam sejak tiga bulan lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Cikgu Jumbri terus misteri, selepas ramai kena kacau tiba-tiba penduduk pelik mayat mereput ditemui tapi tak berbau - “Mat salih yang sewa kata menyeramkan”ARTIKEL BERKAITAN: Map bawa ikut jalan kubur, rider kongsi kisah seram trip malam hari... bau aneh masa rehat bawah flyover - “Aku nak bakar rokok je, janganlah kacau” "Sebenarnya gangguan misteri ni bukan perkara baru bagi saya. Pintu rumah saya sering diketuk tiga kali tanpa salam sejak tiga bulan lalu. "Waktu tu pukul 10 malam. Saya hanya tinggal dengan anak-anak. Bukan saja pintu rumah diketuk, gril rumah pula digegar macam nak roboh bunyinya. Nur Rabitahani berkongsi pengalaman seram pernah dilaluinya sejak tiga bulan lalu. "Sekarang tak sangka benda tu ganggu satu Sabak Bernam. Gangguan tu bermula pukul 10 malam sampai 4 pagi, kiranya benda tu kuat lepas Maghrib, nak Subuh jadi lemah," katanya. Kata ibu kepada lima orang cahaya mata ini, dia turut terdengar bunyi suara menangis merintih seolah-olah meminta pertolongan. "Selang beberapa minit pintu rumah diketuk, saya dengar bunyi suara menangis mendayu-dayu seolah-olah meminta tolong dekat tepi tingkap di ruang tamu. Anak saya berumur tiga tahun selalu sebut pocong. Dia juga selalu cakap mama... kat luar ada orang datang. Masa tu malam, mahu tak meremang bulu roma saya. NUR RABITAHANI BASROH Penduduk "Masa tu saya memang dah menggigil, tak berani buat apa-apa. Cermin tingkap masa tu memang tak pasang langsir tapi saya tak nampak apa-apa kelibat lalu," katanya. Tidak lama kemudian, Nur Rabitahani berkata, dia membuka pintu rumahnya kerana tidak mengesyaki sesuatu yang pelik ketika itu. "Selepas tu saya buka pintu tapi tak ada siapa-siapa kat luar rumah. Kesan tapak kaki pun tak ada. Saya jadi seram sejuk. Antara penampakan pocong yang berjaya dirakam seorang penduduk di kawasan tersebut. "Lepas tu saya pun tertanya-tanya siapa yang ketuk pintu tadi tu. Kalau manusia pasti ada kesan tapak kaki sebab masa tu hujan baru berhenti. "Saya pun cerita dengan seorang jiran. Dia siap pesan jangan keluar rumah malam-malam sebab ada orang di Sepintas tengah uji ilmu seru pocong," katanya. Sejak insiden yang viral itu, wanita berusia 30 tahun itu bersama anak-anaknya kini bermalam di rumah ibunya dekat Batu 2 Sepintas. "Sekarang saya masih takut dan ambil keputusan untuk tidur di rumah mak yang tidak berapa jauh dari rumah saya sejak Jumaat. "Walaupun saya ni jenis kasar tapi penakut juga sebab saya sendiri pernah diganggu sebelum ini," katanya. Nur Rabitahani yang berniaga bunga secara kecil-kecilan juga percaya gangguan misteri itu bukan perbuatan manusia. Tangkap layar video bunyi ketukan tanpa salam yang tular di media sosial. "Ramai kata hantu raya sebab mencari tuan rumah baru tapi yang arif bab ilmu ghaib kata pontianak. "Anak saya berumur tiga tahun selalu sebut pocong. Dia juga selalu cakap mama... kat luar ada orang datang. Masa tu malam, mahu tak meremang bulu roma saya. "Saya pula rasakan benda ni kerja pontianak. Saya kerap dengar bunyi ramai orang berseret atas bumbung setiap malam. Ramai kata kalau dari bumbung ke pintu ni kerja pontianak," katanya. Dalam pada itu, Nur Rabitahani turut berharap agar misteri tersebut dapat dirungkai segera supaya penduduk kampung dapat menjalani kehidupan dengan tenteram. "Saya harap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Sekarang anak-anak saya semua jadi takut walaupun di dalam rumah sendiri. "Saya juga merancang untuk pindah ke rumah baharu bulan depan kerana tidak tahan diganggu. Orang yang berubatkan saya dulu pernah kata rumah saya tu laluan jin," katanya mengakhiri perbualan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!