suria

Suka kelar tangan, cakap tentang mati... ibu bimbang ‘berjangkit’ depresi anak umur 12 tahun - “Saya menangis sepanjang malam, tak boleh senyum lagi”

Kata ibunya, Kak Long juga sudah berani mengelar lengan sendiri. (Gambar Hiasan)

ANAK ditatang bagai minyak yang penuh, namun di mana silap ibu bapa apabila mereka tetap bermasalah?

Mungkin itulah persoalan yang timbul di fikiran kita apabila mengetahui kisah seorang ibu diuji dengan masalah depresi anak sulungnya yang berusia 12 tahun.

Ibu kepada enam anak itu berkongsi luahan hatinya menerusi IIUM Confessions dan ia turut ditularkan oleh seorang individu ke laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki sakit mental terharu gadis belajar overseas sudi kahwin dengannya, “Dengan dia, saya cuba tahan...”

ARTIKEL BERKAITAN: Sana-sini kemurungan! Depresi bakal jadi penyakit mental utama rakyat Malaysia, media sosial antara punca - “Kalau tak tahan, jangan jadi Instafamous”

Menurut wanita itu, dia sudah sembilan tahun berhenti kerja untuk memberikan tumpuan dalam membesarkan anak.

"Apa yang saya nak ceritakan ialah berkenaan anak sulung yang saya panggil Kak Long. Walaupun umurnya 12 tahun, tapi dia sangat cepat matang.

"Pemikirannya sama seperti remaja yang dah berumur 16 tahun. Maksud matang di sini adalah matang dari segi percakapan dan keinginan.

"Kak Long pandai berkata-kata, kalau dia tak puas hati dia akan berterus terang bertanya. Jadi jenuh juga saya sebagai ibu kena terangkan kenapa, bagaimana dan akibatnya," ujarnya.

Antara persoalan yang sering timbul termasuklah kenapa dia perlu membuat kerja rumah, kenapa dia tidak boleh mewarnakan rambutnya seperti rakan yang lain?

Kata wanita itu, anaknya mula memendam perasaan sejak tiga tahun lalu.

Malah, anak sulungnya juga digambarkan suka berfesyen, mahu memiliki telefon bimbit, meminati muzik K-Pop dan melayari internet.

Kata wanita itu, dia memberi anak sulungnya akses internet dua jam sahaja dalam sehari dan akan mengiringinya setiap kali dia keluar bersama kawan-kawan.

"Saya bukan apa, saya nak kenal siapa kawan dia. Kalau tak berkenan, saya akan bagitahu dan nasihatkan untuk pilih kawan yang betul.

"Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya hantar dia tuisyen. Tapi rupa-rupanya dalam diam sempat pula dia memiliki teman lelaki.

"Tapi saya tak bagitahu dia yang saya tahu. Saya cuma nasihatkan dia secara halus tanpa dia sedar. Lama-lama dia putus dengan lelaki tersebut," ujarnya.

Kata wanita itu, dia cukup tegas dalam bab agama dan menghantar anak sulungnya ke sekolah tahfiz serta melatih mereka semua membuat kerja rumah.

Saya rasa dia bukan nak bunuh diri tapi nak bagitahu saya yang dia marah dan nak tarik perhatian saya dan orang sekeliling.

IBU KAK LONG

"Nampak macam tiada masalah kan? Tapi dipendekkan cerita sebenarnya Kak Long mengalami depresi dan stres yang sangat teruk. Baru 12 tahun.

"Katanya dia telah memendam perasaan semenjak tiga tahun lepas. Dia rasa stres dengan semua orang sekeliling.

"Kawan-kawan, cikgu-cikgu, adik-adik, ayah dan yang paling teruk stres dengan saya. Kawan-kawan semua benci dia.

"Cikgu semua asyik nak cari salahnya dan percaya cakap kawan-kawan yang bencikannya, adik-adik semua nak menyusahkannya, merosakkan barang-barang dan buatkan dia kena marah selalu dengan saya," luahnya lagi.

Ujar wanita itu, perangai anak sulungnya makin teruk saban hari sehingga dia bagaikan sudah tidak kenal dirinya yang sebenar.

Lebih teruk, Kak Long juga mula mengelar lengannya dan memberi bayangan mahu membunuh diri.

"Sejak sebulan lepas dia banyak kali mengelar lengannya. Tapi bukanlah pergelangan tangan. Toreh lengan dan tunjuk pada saya.

"Saya rasa dia bukan nak bunuh diri tapi nak bagitahu saya yang dia marah dan nak tarik perhatian saya dan orang sekeliling.

Selain didikan agama, wanita itu turut memberi akses internet dua jam sehari sahaja untuk mengawal anaknya.

"Tapi banyak kali juga dia nak bunuh diri tapi dia takut. Dia selalu tanya kenapa Allah tak ambil nyawa dia?" imbasnya lagi.

Kata wanita itu, dia dan suami ada membawa Kak Long berubat dengan ustaz dan bertemu pakar kaunseling.

Tambah wanita itu, dia takut memikirkan nasib anaknya itu yang kini semakin menjadi-jadi.

"Dia masih kemurungan teruk dan stres. Malah dia makin marah dan tak keruan bila saya sekat penggunaan internet. Untuk makluman, dia guna internet untuk tengok K-pop sahaja. YouTube la kebanyakannya.

"Sekarang, sejak dia mengelar lengannya dan asyik cakap pasal mati, saya pula yang mengalami kemurungan dan stres yang teruk.

"Saya rasa stres sangat-sangat dan menangis sepanjang malam memikirkan dia. Saya jadi terlalu fokus sampai abaikan anak yang lain. Saya tak boleh senyum lagi," luahnya.

Kata wanita itu, dia berkongsi cerita kerana terlalu tertekan dan ingin meminta pendapat orang ramai mengenai anaknya.

Malah, dia hanya memperkenalkan dirinya sebagai Ibu Kak Long sahaja dalam platform luahan itu mengakui kini buntu untuk membantu anak sulungnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain