suria

Anak arwah Aziz Desa berhenti fikir pasal kahwin, mengaku beli motor besar sebab putus cinta - “Kadang-kadang bawa laju pun mulut selawat”

Dedah Zhaiem, motosikal itu dibeli menggunakan wang simpanannya sendiri.

SELEBRITI media sosial, Mas Zhaeim Zhiddin yang juga anak kepada pengacara Allahyarham Aziz Desa sememangnya diketahui ramai berbakat dalam bidang masakan.

Kini, jejaka berusia 21 tahun itu menambah satu lagi hobi baharu apabila mula berjinak-jinak dalam dunia permotoran.

Mesra disapa Zhaeim, dia mengakui baru sahaja membeli sebuah motosikal KTM RC 200 sekitar dua minggu lalu dan kini banyak menghabiskan masa di atas jalan raya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya je duduk Langkawi jaga kubur ayah” - Anak arwah Aziz Desa tenang dikutuk cemar keturunan

ARTIKEL BERKAITAN: Anak arwah Aziz Desa takut kehilangan ibu, mahu buktikan mampu jadi cef - “Tak indah konvo kalau dia tak ada”

"Beli untuk kegunaan harian sebenarnya. Tapi minat motor ni memang dah lama. Saya suka motor yang nampak sporty.

"Dalam keluarga tiada siapa yang ada motor. Sebab dulu mama tak bagi ambil lesen motor. Dia takut. Tapi entah kenapa kali ni dia benarkan saya ambil lesen motor.

"Sekarang tengah tunggu habis Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Nak keluar Kedah, dah bosan pusing Langkawi," ujarnya kepada mStar.

Zhaeim menyimpan hasrat mendirikan rumah tangga apabila berusia 30 tahun.

Menurut Zhaeim lagi, motosikal itu dibeli dengan wang simpanannya sendiri yang mana ia sepatutnya digunakan untuk persiapan mendirikan rumah tangga.

Namun katanya, dia yang menyimpan hasrat untuk berkahwin pada usia 25 tahun mengubah sasarannya setelah kecundang dalam percintaan baru-baru ini.

"Saya beli motor ni sebab baru putus cinta. Memang simpan duit untuk kahwin tapi bila dah jadi macam ni, tak apalah.

Saya juga ada terima tawaran jadi model. Saya banyak tolak.

ZHAEIM

"Nanti-nanti fikir pasal kahwin. Dulu plan nak kahwin umur 25, sekarang saya tukar... nak kahwin nanti umur 30 tahun lebih kurang," ujarnya.

Menurut Zhaeim, dia juga risau akan risiko keselamatannya setiap kali membawa motosikal itu.

Namun, dia mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa beringat tatkala berada di atas jalan raya.

"Mama pesan... kalau naik motor, kita langgar orang, orang sakit. Orang langgar kita pun kita sakit. Sebab tu dia risau.

Zhaeim mengakui dia sentiasa berhati-hati kerana bimbang risiko keselamatan diri tatkala menunggang motosikal itu.

"Tapi saya pun bukan jenis bawa laju. Kadang-kadang bawa laju pun mulut selawat. Saya bawa laju, fikir mati je.

"Tapi duduk Langkawi ni, InsyaAllah semua OK. Fikir yang baik-baik je," ujarnya yang meminati pelumba MotoGP, Marc Márquez dan pelumba negara, Hafizh Syahrin.

Buat masa ini, Zhaeim turut menjalankan perniagaan makanan seperti kek batik dan kek keju.

Ujarnya, dia peka akan situasi ekonomi yang menimpa negara akibat Covid-19 dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepadanya.

"Kadang-kadang buat produk macam kek batik dan kek keju, jual kepada kawan-kawan mama. Bolehlah survive.

"Saya juga ada terima tawaran jadi model. Saya banyak tolak. Rezeki datang dalam macam-macam cara, masih bernyawa pun rezeki tu," katanya berseloroh.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain