BAGI sesiapa yang aktif di aplikasi TikTok, nama Nurin Lofa pastinya tidak asing lagi. Mana tidaknya, dalam tempoh singkat, gadis yang popular dengan video bebelannya itu berjaya meraih setengah juta pengikut. Terbaharu, pemilik nama Nurin Lofa Adrianna Kirana, yang berusia 16 tahun itu mengakui kecewa apabila ada individu tidak bertanggungjawab menyebarkan berita kematiannya di TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Dua hari boleh dapat RM2,000 membebel di TikTok, ada pula yang ‘panas’ tengok rezeki pelajar ini - “Saya baru nak up...” ARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum ni nak cuti kena ambil MC” - Ramai terkesan akibat Covid-19, Instafamous hilang separuh job bulanan Mesra disapa Nurin, dia menyedari kejadian itu pada Jumaat setelah dimaklumkan oleh beberapa individu mengenainya. "Ada orang buat video TikTok, maklumkan bahawa saya sudah meninggal dunia dalam kemalangan. Dia tulis bahawa kepala otak saya pecah dan saya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). "Saya separuh pengsan bila dapat berita tu. Saya memang ada anxiety attack. Bila dapat tahu, terketar-ketar tangan saya. Memang berdebar. Kata Nurin, dia kecewa dengan berita palsu itu. "Saya ingatkan mereka main-main sebab saya tak jumpa video tu. Rupa-rupanya video tu memang ada," ujarnya kepada mStar. Kata Nurin, dia yang kini berada di kediaman kakaknya di Pahang bercadang membuat laporan polis berkenaan hal itu dalam masa terdekat. Menurut Nurin lagi, dia cukup sedih dengan kewujudan berita kematian palsu itu dan tidak tahu di mana silapnya sehingga diperlakukan sedemikian rupa. Memang sedih dan terkilan sebab tak tahu kat mana salah saya. NURIN Jelasnya lagi, ia bagaimanapun tidak akan melunturkan semangatnya untuk terus menghiburkan pengikut di TikTok dengan video-video baharu. "Kakak saya kata, kalau benci sekali pun janganlah fitnah begitu. Saya pun rasa dah lama tak cari gaduh dengan sesiapa. "Saya maafkan je orang yang buat video tu, tapi harap dia tak buat lagi. Jangan buat main hal kematian. Memaafkan pelaku itu, namun Nurin bercadang membuat laporan polis dalam masa terdekat. "Memang sedih dan terkilan sebab tak tahu kat mana salah saya. Saya tak akan berhenti buat video, tapi akan lebih berhati-hati," ujarnya. Menerusi laporan mStar pada September lalu, Nurin yang namanya tiba-tiba meledak di TikTok mengambil peluang melakukan ulasan berbayar (paid review) sehingga mampu menjana pendapatan mencecah empat angka. Malah, wang itu turut dimanfaatkan Nurin untuk belanja diri sendiri serta membantu kewangan keluarganya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)