TIADA seorang pun minta lahir di dunia ini sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU). Mereka yang kurang bernasib baik ini setiap hari mengimpikan kehidupan sempurna seperti orang lain. Mentaliti kebanyakan masyarakat sudah bersifat terbuka dan mereka lebih prihatin apabila berdepan dengan kisah seperti golongan yang kurang bernasib baik ini. Begitulah kisah adik Syed Danial Syahmi Syed Mohd Yusuf yang dilahirkan tanpa betis, mempunyai masalah jantung berlubang dan hanya mempunyai sebelah buah pinggang. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda OKU kerja lebih ketika PKP, tak menang tangan terima tempahan - "Kalau ada yang cancel beli, kami faham..." ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sayu, anak OKU tak menangis kebumi bapa, siap ucap 'bye'... 3 hari kemudian, apa yang jiran nampak mengejutkan keluarganya! "Dunia sekarang dah tak macam dulu lagi, sekarang bila masyarakat nampak anak-anak OKU ini mereka dah tak tengok ia pelik atau ejek malah mereka memuji dan beri kata-kata positif," ujarnya. Tular perbualan anak syurga itu bersama ibunya iaitu Azlinda Hani Othman seperti mana dimuat naik di laman Facebook hingga menyentuh hati ramai. Perbualan adik Syahmi dengan ibunya, iaitu Azlinda Hani. Kata Azlinda yang berasal dari Ipoh, Perak itu, dia terkedu dan sebak apabila anaknya itu meminta sesuatu di hari ulang tahun kelahirannya pada 5 Oktober lalu yang sememangnya tidak mampu dia penuhi. "Sebulan sebelum tiba hari ulang tahun Syahmi, saya tanya kepadanya, hadiah apa yang dia mahu. "Mulanya dia menunjukkan tangannya, sambil berkata 'Syahmi nak macam ibu dan abang'. Saya langsung tidak faham. "Lepas tu baru terlintas di fikiran yang dia mahukan ketinggian sama seperti saya dan abangnya yang berusia 13 tahun, Syed Nabil Syarifuddin. Dia nak kaki. "Saya sedih sangat masa tu, saya cuma mampu kata 'tak apa di syurga nanti Syahmi ada kaki," ujarnya kepada mStar. Saya sedih sangat masa tu, saya cuma mampu kata 'tak apa di syurga nanti Syahmi ada kaki AZLINDA HANI OTHMAN Jelas Azlinda lagi, dia tidak berniat untuk viralkan anaknya itu. Tetapi dia sedar masyarakat sekarang semuanya prihatin. Malahan, katanya walaupun dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna, anak bongsunya itu tidak pernah menyusahkan dirinya dan suami, Syed Mohd Yusuf Saiyid Hasa, 40. Gara-gara menulis posting itu dalam keadaan yang sangat emosi, dia berkata mungkin itu juga menyebabkan netizen turut tersentuh hati. Kiriman yang diterima ibu Syahmi untuk diberikan alatan sokongan seperti kaki dan tangan. "Saya sangat berterima kasih dan bersyukur semua netizen sangat prihatin dan baik hati selama perjalanan saya bersama anak saya ini. Niat saya sebenarnya nak simpan kenangan saya dan anak di laman sosial saya. "Tidak sekali pun anak saya dikritik, dihina atau diejek oleh sesiapa. "Di sekolah pun, semua orang kenal anak saya. Kawan-kawannya semua sayang dia. "Layanan yang sangat baik Syahmi terima selama ini, sehinggakan ada kawan perempuan yang sebaya dengan dia akan datang bantu untuk sambut dia di sekolah dan cium dia. Terkejut saya kadang tu," ujarnya. Azlinda turut berkongsi berita gembira mengenai anaknya yang akan ke Universiti Malaya (UM) bagi mendapat bantuan oleh salah sebuah syarikat sokongan tangan dan kaki iaitu Bdari ioapps Sdn Bhd dan juga anggota palsu dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). "Saya tahu ini rezeki anak saya apabila orang dah kenal, orang doa dan viralkan. "Saya sangat terharu dan berterima kasih kepada semua. Semoga urusan saya dan urusan mereka juga dipermudahkan," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!