suria

Ibu nak hantar anak mengaji al-Quran, yuran RM30 dikata mahal... ingatkan bayar seikhlas hati – “Kalau senang, kenapa tak ajar sendiri?”

Kisah seorang ibu bertanyakan tentang yuran kelas mengaji al-Quran tular di media sosial. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOZ/The Star

SELAIN memberi tumpuan kepada mata pelajaran akademik, pengajian al-Quran turut dititikberatkan oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka.

Maka mereka berusaha mencari tempat mahupun pengajar yang dapat membimbing anak-anak dengan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Menerusi satu tangkapan skrin mesej yang tular di media sosial, seorang ibu yang bertanyakan tentang bayaran kelas mengaji al-Quran untuk anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zaman berubah, ustazah main TikTok mahu pikat murid belajar Iqra - "Dulu saya belajar rasa susah sangat"

ARTIKEL BERKAITAN: Baca Quran dalam restoran fast food ketika kelas mengajinya ada masalah, satu persatu kebaikan rider ini terbongkar

"Boleh saya tahu yuran berapa sebulan? Sebab nak hantar anak ke sana. Setiap hari apa dan jam berapa kelas mula," ujarnya dipercayai menghantar mesej itu kepada seorang guru agama.



Seorang ibu mahu menghantar anaknya ke kelas mengaji al-Quran. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOZ/The Star

Pertanyaan itu segera dibalas dengan memaklumkan baawa kelas mengaji al-Quran itu diadakan setiap Isnin sehingga Rabu, bermula pukul 7.30 malam hingga 8.30 malam.

"Kalau sempat, jemaah Isyak sama-sama. Yuran dia RM30 sahaja puan," katanya.

Jumlah bayaran yuran itu bagaimanapun mengejutkan si ibu sehingga mempersoalkan kewajaran kadar tersebut ditetapkan sedemikian.

"RM30... kenapa mahal?" soal wanita itu.

Namun, apa lebih mengejutkan netizen adalah maklum balas ibu berkenaan berhubung yuran kelas mengaji al-Quran berjumlah RM30 itu.

"Bukan bayar seikhlas hati ke ustazah? Kalau kelas tuisyen tak apalah nak bayar. Benda akademik penting untuk cari kerja. Lepas tu susah ajar akademik ni.

"Tapi ni kelas mengaji, ajar macam tu je. Tak susahkan? Kecewa saya," ujar si ibu.



Tangkapan skrin mesej yang tular. sumber Twitter Mar_excel

Komen wanita berkenaan membangkitkan kemarahan netizen sehingga menimbulkan pelbagai reaksi.

"Kalau RM30 dia kata mahal, habis tu kalau bayaran seikhlas hati dia nak bayar berapa pula? RM5?" komen seorang netizen.

Tiada beza ilmu dunia dan ilmu agama, dua-dua sama tak boleh berkira. Kebanyakan pusat mengaji yang 'bayaran seikhlas hati' kebanyakannya ada sponsor (penaja)

NETIZEN

"Minta maaf cakap, kenapa bab akademik sanggup bayar ratus-ratus. Tapi bab mengaji bekal akhirat sambil lewa. Kecewa la dapat mentaliti sampah macam ni," ujar yang lain dengan nada kesal.

"Kalau senang nak ajar, kenapa dia tak ajar sendiri? Kenapa nak sub pada ustazah pula," komen lain yang turut mempersoalkan kewajaran respons wanita berkenaan.



Antara komen netizen.

Mesej yang tular itu turut meraih perhatian seorang guru persendirian yang turut membuka kelas dan mengenakan sejumlah bayaran di atas perkhidmatannya.

"Tiada beza ilmu dunia dan ilmu agama, dua-dua sama tak boleh berkira. Kebanyakan pusat mengaji yang 'bayaran seikhlas hati' kebanyakannya ada sponsor (penaja). Saya seorang guru persendirian, jadi saya tahu tentang ini," katanya.

"Saya guru persendirian yang buka kelas sendiri, saya ambil bayaran sebab saya nak buat benda ni jangka panjang. Ambil bayaran bukan nak untung, tapi nak mengajar betul-betul, nak seronok, bila ibu bapa bagi feedback bagus, kita pun dengar gembira," tambahnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain