suria

Patut berdua, tiba-tiba bakal ustaz jatuh pelampung di taman tema... yang depan syok layan selekoh sendirian- “Tak tahu apa yang merasuk dia”

Paparan skrin video tular itu yang mengundang perhatian ramai.

APABILA bersama kawan-kawan yang sekepala, pasti ada sahaja perkara lucu akan berlaku.

Begitu juga kisahnya mengenai satu video tular yang mengundang gelak ketawa ramai di Twitter.

Dalam video yang dirakam pada Ahad lalu, dua rakan sedang bersedia untuk bermain permainan gelongsor air di sebuah taman tema di Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN: KKM minta pengunjung taman tema jaga jarak sosial elak kesesakan, patuhi SOP

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu bawa anak berhibur di MAPS? Ini tip dan perkara yang perlu anda tahu

Namun, salah seorang daripada mereka terjatuh dan tidak sempat untuk menggelongsor turun menaiki pelampung.

Bercerita kepada mStar, empunya badan, Muhammad Luqman Hakim Brahanuddin, mengaku dia adalah individu yang terjatuh dalam video berkenaan.

Malah kata pemuda berusia 22 tahun itu, dia sukar menjelaskan kejadian spontan itu dan menganggap ia sebagai satu jenaka sahaja.

Luqman dan rakan-rakan menang tempat ketiga dalam perlawanan paintball pada minggu lalu.

"Sebenarnya itu pelampung untuk dua orang. Saya naik bersama salah seorang kawan, nama dia Amirul. Saya pun tak tahu apa yang merasuk dia. Langsung saya tak jangka.

"Saya terjatuh keluar dari pelampung dan Amirul menggelongsor seorang diri ke bawah. Selain saya, ada seorang lagi kawan perempuan kat tepi pelampung turut terjatuh.

"Lepas tu kami tak main pelampung dah. Saya pun sekadar post di Twitter, tak sangka ramai yang tengok. Saya pun dah maklumkan pada dia video kami sedang viral, dia gelak je," ujarnya.

Kami pergi tujuh orang. Kami satu pasukan paintball dan ada perlawanan di sana.

LUQMAN

Mesra disapa Luqman, penuntut bidang Pendidikan Islam dan Multimedia di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) itu mendedahkan dia ke taman tema itu bersama enam lagi rakan yang lain.

Jelasnya, mereka merupakan satu pasukan paintball dari kolej sama yang menyertai satu kejohanan di lokasi itu pada Sabtu lalu.

"Kami pergi tujuh orang. Dua perempuan dan lima lelaki. Kami satu pasukan paintball dan ada perlawanan di sana.

Paparan skrin video tular itu.

"Peserta dapat tiket masuk taman tema. Jadi, sehari selepas perlawanan, kami semua pergi main air.

"Alhamdulillah perlawanan sehari sebelum tu kami dapat tempat ketiga. Kami dah dua ke tiga tahun bersama sebagai satu kumpulan paintball.

"Tak pernah jadi juara, paling jauh tempat kedua je," ujarnya yang juga bakal guru Pendidikan Islam.

Luqman (kanan) bersama Amirul (kiri).

Menurut Luqman yang berasal dari Ampang, Selangor, dia juga terkejut apabila video itu meraih sehingga 133,000 tontonan.

Malah, rata-rata netizen yang terhibur turut meninggalkan pelbagai komen di posting itu.

"Nasib baik yang kat belakang tu tak turun tanpa pelampung. Sakit ooo kalau turun tak ada pelampung.

Amirul merupakan penuntut Kuis dalam bidang Pendidikan Islam dan Multimedia.

"Ya Allah, Twitter selalu menghiburkan hari-hari aku yang sendu.

"Tak peduli apa jadi kat belakang. Layan selekoh dulu," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain