KISAH keluarga lima beranak di sebuah kampung di Sabah yang mengait kelapa terbiar di tepi jalan untuk dijual, pernah menjadi perhatian beberapa bulan lalu. Ia susulan perkongsian seorang guru yang juga aktivis kebajikan, Maisarah Hannan, yang menceritakan kisah dirinya terserempak dengan keluarga tersebut, di media sosial. Menerusi perkongsian tersebut, guru berusia 34 tahun itu menceritakan betapa dirinya sayu dan sebak melihat si bapa bertungkus lumus mengait buah kelapa sambil ditemani isteri dan tiga anak kecil ketika hari hujan. ARTIKEL BERKAITAN: Simpati tengok 5 beranak kait kelapa terbiar ketika hujan, guru terfikir satu keadaan lebih buruk selepas borong semua buah - “Mungkin sebenarnya mereka nak alas perut” ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai dah tiada kerja, bayi minum air suam, air gula” - Tak sanggup lihat penderitaan, guru jadi sukarelawan... tersentuh dapat sesuatu yang ‘mahal’ Ketika itu, Maisarah bersama beberapa rakan sukarelawan sedang dalam perjalanan menghantar bantuan kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Siapa sangka, kisah hiba lima beranak tersebut mendapat perhatian meluas sehingga tampil insan dermawan yang menghulurkan sumbangan menerusi Maisarah, untuk disampaikan kepada mereka. Maisarah bersama rakan sukarelawan menjejaki rumah keluarga lima beranak dari satu kampung ke kampung yang lain. Dalam perkongsian terbaharu di Facebook, Maisarah berkongsi cerita bagaimana dia dan rakan-rakannya menjejaki keluarga tersebut demi menyampaikan sumbangan yang telah diamanahkan. "Ingat lagi kisah keluarga yang kehujanan bersama anak kecil mengambil kelapa di tepi jalan dulu? "Sebab ingin sampaikan sumbangan daripada dermawan, sedaya upaya kami cuba untuk menjejaki mereka. Dari satu penempatan, ke penempatan yang lain. Mulut tidak berhenti bertanya. Handphone dihulur ke sana ke sini untuk tunjukkan gambar bagi memudahkan pencarian. "Mereka kata di situ, sebab rumah lamanya terbakar, kami pergi ke situ. Di situ kata di bawah sana, kami pergi ke bawah sana. Di bawah sana kata sudah pindah di depan, kami terus ke depan pula. Turun bukit, naik bukit kita dibuatnya," cerita guru ini. Selepas beberapa jam, akhirnya mereka menemui rumah keluarga berkenaan. Beberapa jam menjelajah masuk beberapa perkampungan namun usaha mereka menemui jalan buntu, sehinggalah mereka tiba di sebuah perkampungan terakhir. "Kami sampai di satu kawasan baru. 'Kak, mungkin ini rumahnya', kata si Saharuddin Amirullah atau Sahar. 'Nah kak, banyak baju budak-budak tu di jemuran', katanya. 'Saharrrrr!! Tudung yang di jemuran tu macam tudung yang si kakak pakai hari tu'. Part ni, aku dah mula terlebih teruja. Tuan rumah asal bagi mereka tinggal tanpa perlu membayar apa-apa. Jagakan saja, katanya. Rezeki mereka, dipertemukan dengan orang yang baik. MAISARAH HANNAN GURU/AKTIVIS KEBAJIKAN "Semua serentak memandang ke pintu rumah. Ada seorang budak memerhatikan kami. Alhamdulillah, orang yang kami cari-cari. "Bila yang dicari dengan sepenuh hati muncul depan mata, bahagianya lain macam. Lupa semua kesengsaraan melarikan diri daripada si anjing tadi," tulis Maisarah lagi. Menurut Maisarah, keluarga berkenaan tinggal di sebuah teratak kecil ihsan seorang insan baik hati yang memberi kebenaran kepada mereka tanpa mengenakan apa-apa bayaran. Aktivis sukarelawan yang turut serta bersama Maisarah menyampaikan sumbangan yang diamanahkan kepada mereka untuk keluarga lima beranak berkenaan. "Keluarga ni baru saja tinggal di sini. Tuan rumah asal bagi mereka tinggal tanpa perlu membayar apa-apa. Jagakan saja, katanya. Rezeki mereka, dipertemukan dengan orang yang baik. Masa kami sampai pun si kakak sedang membersihkan rumah. "Di sebalik urusan yang dipermudahkan, pastinya ada doa yang telah dikabulkan oleh-Nya. Terima kasih semua. Pasti semuanya ini doa kalian. Juga doa dari asnaf-asnaf yang pernah menerima sumbangan dari kalian," tulisnya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!